21 MEI 2025 | LANGKAWI: UPNM & MHS Aviation Perkukuh Teknologi UAS - Selari Aspirasi UPNM30
 
✍️ UPNM dan MHS Aviation Berhad memeterai Surat Niat Strategik sempena #LIMA25, satu langkah penting memperkasa teknologi Unmanned Aircraft Systems (UAS) negara!
 
? Kolaborasi ini menyatukan kepakaran akademik dan industri dalam:
? Penyelidikan bersama & latihan industri
? Pembangunan modul akademik UAS
? Sokongan terhadap Dasar Perindustrian & Pertahanan Negara (DPIP)
 
? Selari dengan misi UPNM30, inisiatif ini memperkukuh peranan UPNM sebagai hab kecemerlangan pertahanan masa hadapan, menerusi sains, teknologi dan inovasi.
LoI disempurnakan oleh Naib Canselor UPNM, YBhg. Lt Jen Datuk Arman Rumaizi bin Hj Ahmad dan En. Mohd Fakhrul Arifin Adinan, Ketua Pegawai Eksekutif,
MHS Aviation Bhd.