8 DISEMBER 2025 | KUALA LUMPUR: UPNM terus memperkukuh peranan sebagai peneraju pendidikan tinggi pertahanan melalui kerjasama strategik bersama Halim Mazmin Group dan Universiti Meritus, membuka laluan baharu dalam bidang maritim dan penerbangan sejajar aspirasi UPNM30.
Delegasi UPNM diketuai oleh Naib Canselor, Lt Jen Datuk Wira Arman Rumaizi bin Hj Ahamad bersama Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa), Prof. Ts. Dr. Norhana binti Abdul Halim serta para Dekan dan Pengarah Pusat Akademik.
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
Perbincangan bersama Tan Sri (Dr.) Halim Mohammad menekankan kepentingan pembangunan kepimpinan, inovasi dan modal insan bagi sektor strategik negara.
Kedua-dua pihak turut bersetuju menyediakan peluang pendidikan kepada anak-anak veteran ATM sebagai penghargaan atas jasa dan pengorbanan mereka.
Kerjasama ini dijangka merancakkan projek bersama, memperkaya latihan kepakaran dan memacu pertukaran ilmu khusus dalam dua bidang kritikal masa hadapan iaitu maritim dan penerbangan.












