27-28 Mac 2024 - Program Sembang Sahur 2024 anjuran Media Prima (TV3) telah berlangsung selama 2 hari di Dewan Bestari UPNM bermula jam 11.00 malam hingga 12.00 tengah malam. Rancangan yang julung kali dibawakan khas secara langsung dari UPNM ini merupakan rancangan tradisi yang ditayangkan semasa bulan Ramadan oleh TV3 bagi perkongsian ilmu pengetahuan dan pengalaman berkaitan Ramadan.
 
Bersempena dengan program ini juga, pada 27 Mac 2024, UPNM telah bekerjasama dengan Koperasi Tentera di mana pihak Koperasi Tentera menaja 2,700 pek makanan sahur kepada UPNM. Sesi agihan pek sahur dilakukan di Foyer Bangunan Bestari dan Dewan Zulfaqar. Turut hadir YBhg. Lt Jen Datuk Mardzuki bin Muhammad, Naib Canselor UPNM, Mej Jen Roba’i bin Rahmat, Pengerusi Koperasi Tentera serta Pengurusan Tertinggi UPNM dan Koperasi Tentera.
 
 
 
 
Sewaktu siaran langsung kedua-dua hari Sembang Sahur oleh TV3, UPNM diberi kesempatan membuat gimik pembukaan dengan persembahan tarian perang oleh mahasiswa UPNM dan bacaan Qunut Nazilah oleh staf dan pelajar UPNM. Pihak TV3 juga sudi berkongsi rezeki moreh dengan para penonton yang hadir pada hari kedua.
 
UPNM mengucapkan penghargaan dan setinggi-tinggi terima kasih kepada TV3 dan juga Koperasi Tentera.