25 April 2022 (Isnin) bersamaan 23 Ramadan 1443H.
Majlis Jawatankuasa KESUPNA telah menyampaikan Cenderahati Raya sempena ketibaan Syawal yang akan kunjung tiba, kepada Pusat Kesihatan UPNM dan Bahagian Keselamatan UPNM.
Sumbangan ini sebagai tanda terima kasih kepada mereka yang banyak berkorban masa dan tenaga menjaga keselamatan UPNM serta merawat warga UPNM.
Aktiviti seperti ini adalah acara wajib yang setiap tahun pihak KESUPNA raikan.
Terima kasih kepada semua yang terlibat pada hari ini dan Salam Syawal 1443H.