5 Ogos 2022 (Jumaat) – Pejabat Jaringan Industri dan Perhubungan Korporat (JIPK) telah menganjurkan Majlis High Tea Korporat Keluarga Malaysia bertempat di Pusat Marin UPNM.

 

Majlis yang bertemakan ‘Fabulous Blue’ diserikan dengan kehadiran YBhg Datin Norhanita binti A. Hamid Penaung Swanita UPNM. Sementara itu, YBhg Datuk Hajah Habsah binti Hassan atau dikenali sebagai Kak Chah turut dijemput sebagai tetamu istimewa dan beliau telah menyampaikan ceramah dalam sesi perkongsian ilmu.

 

Majlis yang diadakan ini bukan sahaja dapat mengeratkan ukhwah dan memperkukuh Keluarga Malaysia malah dapat bertukar-tukar pandangan dan idea dalam pelbagai aspek.

 

The Scratch Band UPNM yang menghiburkan sepanjang majlis berlangsung turut mendendangkan lagu-lagu evergreen ciptaan Kak Chah.

 

Turut hadir termasuklah Penolong Naib Canselor JIPK, Pengarah Kanan Akademik dan Antarabangsa, Pengarah FPJB dan isteri-isteri Pegawai Kanan UPNM.