- Details
- Bil. Capaian: 11
17 DISEMBBER 2025 | UPNM: UPNM terus memberi penekanan kepada pembangunan kepimpinan dan kelestarian tadbir urus menerusi penganjuran UPNM Strategic Advancement Program 2025 melibatkan pegawai Gred 10 dan 12 yang berlangsug di Pusat Marin.
Program yang berlangsung dari 17 - 22 Disember 2025 ini dirangka sebagai platform strategik untuk memperkasa kompetensi pengurusan, kepimpinan dan pemikiran strategik pegawai UPNM dalam mendepani cabaran pengurusan universiti awam yang semakin kompleks.

![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
Merasmikan program, Naib Canselor UPNM, Lt Jen Datuk Wira Arman Rumaizi bin Hj Ahmad menegaskan bahawa inisiatif ini merupakan pelaburan jangka panjang universiti dalam membina talent pool yang kukuh, berintegriti dan bersedia menyokong pelaksanaan pelan penggantian jawatan strategik secara terancang dan mampan.
Penganjuran program ini mencerminkan komitmen berterusan UPNM dalam melahirkan barisan kepimpinan pentadbiran yang berkeupayaan tinggi, selaras dengan aspirasi Pelan Strategik UPNM30.
- Details
- Bil. Capaian: 13
17 DISEMBER 2025 | UPNM: Naib Canselor UPNM, Lt Jen Datuk Wira Arman Rumaizi bin Hj Ahmad menerima kunjungan hormat sempena persaraan Mej Jen Dato’ Abdul Aziz bin Abu Hassan, Asisten Ketua Staf Grup Perkhidmatan Logistik Markas Angkatan Tentera Malaysia (MK ATM).

![]() |
![]() |
Kunjungan ini menzahirkan hubungan profesional yang erat serta penghargaan terhadap sumbangan dan kepimpinan beliau dalam memperkukuh ekosistem pertahanan negara, khususnya kerjasama strategik antara UPNM dan ATM dalam pembangunan ilmu, kepakaran dan kepimpinan pertahanan.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas khidmat bakti yang dicurahkan.
- Details
- Bil. Capaian: 14
12 DISEMBER 2025 | KUALA LUMPUR: Malam tadi menjadi detik penting buat Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) apabila kepimpinan universiti berhimpun dalam Majlis Makan Malam Penghargaan dan Peluncuran Pelan Strategik UPNM30, sekali gus menutup tirai 2025 dengan satu komitmen bersama terhadap hala tuju masa depan universiti.
Majlis ini bukan sekadar meraikan pencapaian sepanjang tahun, tetapi menzahirkan kesepaduan Lembaga Pengarah Universiti (LPU), pengurusan tertinggi dan seluruh ekosistem UPNM dalam menyepakati arah strategik yang lebih jelas, berdisiplin dan berfokus.
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
Dalam ucapannya, Pengerusi LPU, Tan Sri Dato’ Seri Syed Azman bin Syed Ibrahim menegaskan bahawa “UPNM memikul amanah sebagai pembentuk pemimpin, penjana inovasi dan wadah inspirasi,” manakala Pelan Strategik UPNM30 akan berperanan sebagai “kompas dan panduan untuk bergerak lebih jauh, lebih cepat dan lebih berstrategi.”
Peluncuran Pelan Strategik UPNM30 menandakan iltizam universiti untuk memperkukuh peranan sebagai institusi pendidikan tinggi pertahanan negara, berpaksikan empat teras strategik KP2T iaitu Kesarjanaan, Pusat Kecemerlangan, Penjanaan dan Tadbir Urus.
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
Pada malam yang sama, Kapsul Masa UPNM30 turut dilancarkan oleh Naib Canselor UPNM, Lt Jen Datuk Wira Arman Rumaizi bin Hj Ahmad, disaksikan oleh Pengerusi LPU. Kapsul ini akan dibuka pada tahun 2030 sebagai simbol amanah, aspirasi dan rekod perjalanan transformasi UPNM.
Inilah penutup 2025 yang bermakna.
Inilah komitmen bersama untuk masa hadapan.
Inilah UPNM30.
- Details
- Bil. Capaian: 11
15 DISEMBER 2025 | UPNM: UPNM melalui Fakulti Sains dan Teknologi Pertahanan (FSTP) memeterai Surat Hasrat (Letter of Intent, LoI) bersama Aswant Solution Sdn. Bhd. sebagai langkah strategik memperkukuh ekosistem keselamatan siber dan teknologi pertahanan negara.
Majlis menandatangani LoI ini disempurnakan oleh Naib Canselor UPNM, Lt Jen Datuk Wira Arman Rumaizi bin Hj Ahmad, manakala Aswant Solution Sdn. Bhd. diwakili oleh En. Nasrul bin Mohd Noor, Pengarah Urusan, menzahirkan komitmen bersama antara akademia dan industri.

![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
Kerjasama ini membuka ruang kepada pembangunan penyelidikan bersama, penawaran micro-credential, pemindahan kepakaran serta pengkomersialan teknologi selari dengan peranan UPNM sebagai universiti pertahanan tunggal negara. Ia turut menyokong inisiatif UPNM-Kaspersky Cyber Security Immune Lab (CSI-LAB) dalam melahirkan bakat keselamatan siber yang bersedia menghadapi ancaman digital masa hadapan.
CSI-LAB merupakan makmal keselamatan siber berasaskan teknologi Cyber Immunity pertama di Malaysia. lnisiatif ini menyokong pembangunan tenaga mahir, latihan hands-on, serta menjadikan UPNM sebagai pusat rujukan keselamatan digital serantau selaras dengan Digital Masterplan 2026-2030.
Kolaborasi strategik UPNM-industri ini mencerminkan usaha bersepadu untuk memacu inovasi, memperkukuh keupayaan nasional dan membina barisan pakar keselamatan siber demi kepentingan negara.
Akademia dan industri bergerak seiring. Keselamatan digital negara menjadi keutamaan.
- Details
- Bil. Capaian: 19
12 DISEMBER 2025 | UPNM: Mesyuarat Lembaga Pengarah Universiti (LPU) Bil. 4/2025 hari ini menutup tirai perbincangan strategik UPNM bagi tahun ini. Mesyuarat menumpukan penilaian pencapaian semasa, penyelarasan agenda tadbir urus serta hala tuju universiti menjelang fasa seterusnya, merangkumi aspek akademik, pendidikan ketenteraan, pengurusan dan kesiapsiagaan institusi.
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |

Perbincangan ini mencerminkan komitmen LPU dan pengurusan tertinggi UPNM dalam memastikan keputusan yang dibuat berteraskan kejelasan, akauntabiliti dan kepentingan jangka panjang universiti serta negara.












































