Lawatan dan Perbincangan Digital Dagang Sdn. Bhd. bersama UPNM di Perpustakaan UPNM

 

Pembukaan Kedai Gunting Rambut (Barber Shop) Bangunan Tuah UPNM

[1 November 2021] Fad Barber telah mula beroperasi di Bangunan Tuah yang diusahakan oleh Saudara Muhammad Fadhil bin Rosli. Berbekal ilmu yang diturunkan oleh ayah beliau dan menghadiri kursus anjuran Kolej Komuniti memberikan semangat kepada beliau mencuba bidang Barber ini.

 

Pembukaan Kedai PERNAMA Mart

 

[1 November 2021] Pembukaan Semula Kiosk Siswa Bangunan Tuah UPNM

 

 

 

PROGRAM USAHASAMA KEUSAHAWANAN BERSAMA FAKULTI KEJURUTERAAN  PEMBINAAN TAPAK PERNIAGAAN MOBILE KIOSK. 1 Julai 2022; Courtyard, Bangunan Bestari. Memperkukuh sistem sokongan dan pembangunan melalui penghasilan Mobile Kiosk yang fleksible dan pintar.

  

 

Program Ekspo Bluedome Mines : Jom Beli Lokal. 15 - 17 Julai 2022; Bluedome, Mines, Seri Kembangan. Acara komuniti untuk usahawan mikro tempatan mempamerkan produk dan perkhidmatan mereka. Platform untuk menggalakkan industry tempatan melalui kempen beli lokal.

 

 

 

Program keusahawanan  UTC (SE@UC). 28 Julai 2022; Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Tg. Malim, Perak. Antara aktiviti yang dilaksanakan termasuklah beberapa pertandingan seperti projek keusahawanan sosial terbaik, Mentor terbaik, video montaj terbaik serta pameran terbaik dan pemenang akan membawa hadiah berupa wang tunai beserta sijil. Pasukan TELaH UPNM telah memenangi Anugerah Impak Sosial Keusahawanan.

 

 

 

Aktiviti Keusahawanan Pelajar semasa Defence, Security & Sustainability (DSS2022). 3 – 4  Ogos 2022; Dewan Pendekar, UPNM. PPKI menganjurkan aktiviti keusahawanan semasa DSS2022.

 

 

 

Program Digital Innovation Creativepreneurship (DICE) 2022. 15 – 18 Ogos 2022; UniSZA, Kampus Besut, Terengganu. Program peringkat nasional ini bertujuan melatih, melahirkan dan memantau pelajar IPT yang akan menubuhkan syarikat dalam bidang inovasi dan teknologi digital berkonsepkan keusahawanan kreatif.

 

 

 

Program ‘COMPETITION FOR POTENTIALLY EXCELLENT AND TALENTED ENTREPRENEURS (COMPETE@MOHE’22)’. 23 Ogos 2022; Bangi Golf Resort. Melahirkan graduan usahawan disamping meningkatkan lagi pembentukan perusahaan pelajar yang memanfaatkan inovasi dan teknologi dalam perniagaan mereka.

 

 

 

Jualan Ambang Merdeka UPNM 2022. 30 Ogos 2022; Courtyard, Bangunan Bestari, UPNM. Jualan makanan sempena sambutan bulan kemerdekaan yang ke-65. Pelbagai persembahan istimewa yang dipertontonkan oleh para mahasiswa dan kakitangan UPNM. Pelbagai produk makanan ringan diperkenalkan oleh usahawan siswa sebagai mengisi aktiviti dimalam tersebut.

 

 

 

Anugerah Bakat Majlis Perumahan Universiti-universiti Malaysia (MAPUM). 13 – 14 Sept 2022; Universiti Malaysia Terenggganu (UMT). Manifestasi pengiktirafan dan penghargaan kepada bakat-bakat di Kolej Kediaman Universiti Awam yang telah menunjukkan prestasi cemerlang dan komitmen dalam memberi sumbangan kepada citra serta kecekapan operasi Kolej Kediaman sepanjang tahun yang dinilai. UPNM tersenarai pendek dan menjadi finalis 5 orang daripada 153 orang calon.

 

 

 

Program Semarak Patriotik IPT 2022. 14 – 15 Sept 2022; Perkarangan Kafetaria Pool Side Universiti Pertahanan Nasional Malaysia. Karnival (Jualan) Keusahawanan bersempena sambutan Bulan Kemerdekaan Kali Ke-65 tahun 2022. Program ini berbentuk Lafaz Ikrar Rukun Negara yang bertujuan untuk menerapkan semangat patriotisme dan perpaduan menerusi penglibatan semua peringkat kepimpinan mahasiswa di IPT.

 

 

 

Buku Inspirasi Keusahawanan. Buku Usahawan Graduan Selari Dengan Hasrat KPT Menerbitkan Kisah Perniagaan Pelajar Di Universiti Sebagai Inspirasi Kepada Graduan Yang Lain.

peranan

Borang Pengesahan untuk Mendaftar SSM - Borang Pengesahan Pendaftaran SSM

Borang Sewaan Kiosk Siswa Bangunan Tuah UPNM - Borang Sewaan Kiosk Siswa

Kaji Selidik Minat Terhadap Perniagaan - Kaji Selidik Minat Berniaga

 

 

Piagam Pelanggan Pusat Pembangunan Keusahawanan dan Inovasi

Berteraskan keusahawanan sebagai tunjang dengan berpegang kepada nilai kreatif dan inovatif serta profesionalisma di dalam pembangunan modal insan yang bersahsiah tinggi. Pusat Pembangunan Keusahawanan dan Inovasi UPNM berazam dan bertekad untuk melaksanakan kepelbagaian hak kepada semua pelanggannya secara professional, beretika dan berintegriti;

  1. Menyediakan pendididkan yang bermutu berdasarkan kepada piawaian global yang menjamin peluang kerjaya yang cemerlang di dalam semua bidang yang diceburi.
  2. Mewujudkan suasana kerja yang kondusif bagi membolehkan kakitangan mempamerkan kebolehan serta keupayaan dan kecemerlangan dengan sistem insentif yang pelbagai serta peluang untuk memperkukuhkan laluan kerjaya yang berdaya saing.
  3. Menjadikan UPNM relevan kepada masyarakat di dalam usaha untuk meningkatkan sosio-ekonomi dan memperkukuhkan jati diri dan bangsa.
  4. Memastikan Industri menjadi rakan pintar bagi meningkatkan penjanaan ekonomi dan pengwujudan peluang pekerjaan para graduan UPNM.
  5. Menyediakan tenaga kerja berpengalaman dengan kemahiran yang tinggi, disamping memiliki kebolehan keusahawanan yang dapat menembusi semua aspek keperluan negara.