26 APRIL 2026 | PUTRAJAYA: Pengurusan tertinggi UPNM menghadiri Forum Ilmuwan Malaysia MADANI Siri 11 anjuran KPT yang membincangkan topik “Muslim Unity in Times of Geopolitical Crisis.”
 
 
 
Forum ini dimoderatorkan oleh YAB Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim, Perdana Menteri. Kehadiran ini mencerminkan komitmen UPNM untuk terus terlibat dalam wacana strategik peringkat nasional dan antarabangsa memahami dinamika geopolitik serta peranannya dalam konteks kepimpinan dan keselamatan.