- Details
- Bil. Capaian: 529
24 dan 25 Oktober 2024 (Khamis dan Jumaat) – Pusat Kesihatan, Pejabat Pendaftar dengan kerjasama Pejabat Kesihatan Cheras dan Kelab PROSIS jayanya telah menganjurkan Program Hari Kesedaran Kesihatan Mental UPNM 2024.
Pelaksanaan Program Hari Kesedaran Kesihatan Mental merupakan langkah proaktif daripada Pusat Kesihatan UPNM dalam kerjasama bersama Pejabat Kesihatan Cheras dan Klinik Kesihatan dalam memberi Pendidikan kesihatan berkaitan kesihatan mental melalui forum dan melaksanakan saringan dalam kalangan pelajar dan staf universiti.
Program Kesihatan Mental ini adalah julung kalinya diadakan dengan mensasarkan jumlah pelajar yang lebih ramai supaya implikasi program ini berjaya memberi impak yang besar kepada para pelajar dan pada masa yang sama turut mensasarkan warga kampus. Usaha murni ini dilakukan dengan hasrat dapat meningkatkan kesedaran warga kampus terhadap kesihatan mental serta mengurangkan stigma umum terhadap masalah kesihatan mental khususnya dalam persekitaran universiti. Disamping itu, penyediaan platform ini juga membuka peluang dan ruang kepada pakar berkongsi pengetahuan, pengalaman dan kajian kes mengenai kesihatan mental bersama warga UPNM. Usaha ini membolehkan warga kampus dibekalkan dengan teknik dan strategi dalam pengurusan stres yang mana sangat membantu mengimbangi kehidupan seharian dan urusan pekerjaan, Insha-Allah.
Untuk makluman semua, sebanyak (3) tiga program telah dilaksanakan sepanjang (2) dua hari Program Hari Kesedaran Kesihatan Mental UPNM 2024 ini berlangsung. Pelbagai aktiviti juga telah berjaya dilaksanakan bagi menarik minat dan penyertaan seluruh warga kampus bagi memastikan program kesihatan ini menjadi platform penyampaian maklumat kesihatan untuk warga kampus. Antara program-program yang dilaksanakan adalah:
Dewan Pendekar UPNM, 24 Oktober 2025 (Khamis) – Pelbagai aktiviti kesihatan dan jualan bersama vendor jemputan telah dilaksanakan bagi memeriahkan program Hari Kesedaran Kesihatan Mental UPNM 2024. Bertempat di Dewan Pendekar, saringan kesihatan dan pemeriksaan kesihatan mental telah disediakan oleh Pejabat Kesihatan Cheras dan Klinik Kesihatan Sg. Besi. Aktiviti derma darah juga dianjurkan bersama Pusat Darah Negara (PDN) selain pembukaan pelbagai booth seperti, Booth Imunisasi daripada Pusat Kesihatan UPNM, Booth KAFETEEN daripada Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) serta Booth Affin Bank. Jualan daripada Food Vendor dan Food Truck juga disediakan bagi bersama-sama memeriahkan program. Sambutan yang amat memberansangkan berjaya diperoleh dengan kunjungan warga kampus yang ramai di Dewan Pendekar sepanjang program berlangsung. Syukur, alhamdulillah.
Dewan Theatrette UPNM, 25 Oktober 2025 (Jumaat) – Program hari Kesedaran Kesihatan Mental UPNM 2024 diteruskan dengan majlis perasmian dan telah dirasmikan oleh Yang Berbahagia Leftenan Jeneral Datuk Mardzuki bin Muhammad, Naib Canselor Universiti Pertahanan Nasional Malaysia dalam majlis yang gilang-gemilang. Majlis perasmian ini juga diserikan dengan kehadiran pengurusan tertinggi universiti dan 500 pelajar serta staf.
Majlis Perasmian juga diserikan dengan pelancaran Aplikasi Emoticare App: Enhancing Emotional Intelligence Towards Digital Counselling Experience yang dicipta Ts Dr. Nur Diyana Kamarudin dari Fakulti Sains Dan Teknologi Pertahanan, FSTP bersama pasukannya, untuk membantu pelajar dan staf UPNM menilai kesihatan mental dan kecerdasan emosi mereka. Selain itu, dilaksanakan juga Pelancaran E-Modul Perkasa UPNM yang merupakan modul perkasa iaitu modul latihan pembangunan diri dan kepimpinan yang disediakan sebagai panduan kepada penceramah, fasilitator IPT dan individu yang terlibat dengan program-program latihan pembangunan insan dan kepimpinan. Penulisan modul ini diusahakan secara bersama oleh pasukan fasilitator pelajar PEERS UPNM dan kaunselor-kaunselor UPNM.
Seterusnya, program dijayakan lagi dengan sesi forum ChitChat bertajuk “Its Okay To Reach Out” oleh (4) empat orang panel jemputan iaitu, Yang Berbahagia Professor Madya Dr Siti Sara Binti Yaacob, Pakar Perubatan Kesihatan Awam, Fakulti Perubatan UiTM, Yang Berbahagia Professor Madya Dr Khadher Bin Ahmad, Timbalan Dekan, Akademi Pengajian Islam UM, Yang Berusaha Dr Mohammad Fitri Bin Haji Zainuddin, Pakar Psikiatri, Hospital UiTM dan yang berusaha Puan Nurul Hidayah Binti Mat Sarip, Pegawai Psikologi, Klinik Kesihatan Kuala Lumpur. Pelbagai info, perkongsian ilmu dan pengalaman dikongsikan bersama dalam sesi forum ini. Soalan-soalan yang diutarakan dalam sesi ini juga diterangkan dengan jelas dan terperinci oleh setiap panel kepada semua hadirin.
Pavilion UPNM, 25 Oktober 2025 (Jumaat) – Program hari Kesedaran Kesihatan Mental UPNM 2024 diakhiri dengan pelaksanaan Larian Minda Sihat (Mind Run) UPNM 2024 bertempat di Pavilion dengan kehadiran peserta seramai 650 orang. Pelepasan peserta larian disempurnakan oleh Yang Berbahagia Profesor Dato’ Teknologis Dr Ahmad Mujahid Bin Ahmad Zaidi, Timbalan Naib Canselor (Akademik Dan Antarabangsa) pada jam 3.30 minit petang.
Alhamdulillah, seramai lebih 650 orang peserta telah berkumpul di Pavilion mulai jam 2.45 petang untuk sesi warm-up sebelum memulakan larian sepanjang 3km. Syukur atas Rahmat Allah swt, kesemua peserta berjaya menamatkan larian dan menerima hadiah berupa medal bagi setiap pemenang.
Dengan bilangan penyertaan sehingga 650 peserta, pihak penganjur berasa amat teruja dan berterima kasih di atas sokongan warga kampus yang begitu membanggakan ini. Oleh itu, program diserikan dengan sesi cabutan bertuah dan sebanyak 21 hadiah disediakan termasuklah (2) dua hadiah grand prize telah disediakan buat pemenang yang terpilih.
Terima kasih diucapkan atas sambutan yang amat membransangkan oleh warga universiti sempena menjayakan program kesihatan ini. Semoga pelaksanaan program Larian Minda Sihat (Mind Run) UPNM 2024 lebih meningkatkan cakna kepentingan kesedaran kesihatan dan melahirkan komuniti kampus yang sihat dan cergas. Insha-Allah.
Kesimpulannya, dengan pelaksanaan Program Hari Kesedaran Kesihatan UPNM 2024 ini, Pusat Kesihatan, Pejabat Pendaftar UPNM dengan setinggi-tinggi harapan, dengan kejayaan pelaksanaan program ini sedikit sebanyak intipati program dapatlah membantu seluruh warga universiti untuk lebih cakna mengenai masalah kesihatan mental dalam kalangan orang awam. Langkah proaktif pelaksanaan program ini adalah usaha dalam memberikan pendidikan kesihatan berkaitan kesihatan mental melalui forum dan aktiviti sukan, disamping membantu menhapuskan pandangan negatif terhadap masalah kesihatan mental, Insha-Allah.
- Details
- Bil. Capaian: 2459
11 Oktober 2024 | UPNM - Hari ini UPNM telah mengadakan sambutan Hari Sukan Negara 2024 peringkat UPNM yang dirasmikan oleh YBhg. Lt Jen Datuk Mardzuki bin Muhammad, Naib Canselor UPNM. Hari Sukan Negara (HSN) merupakan sebuah gerakan nasional dengan hasrat membudayakan sukan dalam kalangan masyarakat. Program ini diadakan bertujuan untuk memupuk kesedaran tentang pembudayaan sukan dan mempromosikan amalan hidup sihat dalam kalangan warga UPNM.
Program dimulakan dengan sesi warm-up dan riadah senamrobik dan seterusnya pelepasan larian 3.0km Hari Sukan Negara oleh YBhg. Lt Jen Datuk Mardzuki bin Muhammad, Naib Canselor UPNM bersama semua warga UPNM di Pavilion UPNM.
- Details
- Bil. Capaian: 2912
- Details
- Bil. Capaian: 2414
- Details
- Bil. Capaian: 2729
More Articles ...
- Seminar Psikologi Kaunseling IPT Kebangsaan 2024. Rehabilitasi Psikososial: Ke arah Kesejahteraaan dan Resiliensi Diri
- Mesyuarat Lembaga Pengarah Universiti (LPU) UPNM Ke-57 Bilangan 3 Tahun 2024
- Majlis Syarahan Za’ba dan Sambutan Hari Akademia Negara Tahun 2024
- Lawatan ke Pameran Era Pasca-Normal MADANI (Postnormal Times MADANI Exhibition)