BENGKEL PENULISAN DAN PEMURNIAN KERTAS CADANGAN GERAN PENYELIDIKAN SASARAN 2023

Bahagian Penyelidikan dan Inovasi, Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) telah menganjurkan Bengkel Penulisan dan Pemurnian  Kertas Cadangan Geran Penyelidikan Sasaran Tahun 2023 pada 11-13 November 2022 bertempat di Institut Latihan Statistik Malaysia, Sungkai, Perak. Penglibatan peserta bengkel terdiri daripada pemohon-pemohon geran penyelidikan bersama panel-panel penilai yang berpengalaman dengan bidang dan domain masing-masing bagi sama-sama memperbaiki kertas cadangan penyelidik sebelum dimajukan semula kepada pihak Kementerian atau mana-mana pemberi dana pada masa akan datang.

 

 

 

 

PENYERTAAN UPNM DI EKSPO CIPTAAN INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI ANTARABANGSA (PECIPTA) 2022

Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) melalui Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Inovasi (PPPI) telah menyertai Ekspo Ciptaan Institusi Pengajian Tinggi Antarabangsa (PECIPTA) 2022. Pameran ini telah diadakan selama 2 hari bermula 2 hingga 3 November 2022 bertempat di Dewan Tuanku Canselor, Kampus Bachok, Kelantan. PECIPTA 2022 merupakan pameran yang bertujuan untuk mempamerkan dan memperkenalkan produk, penciptaan baru dan inovasi yang berbagai dari institusi pengajian tinggi di Malaysia dan luar negara. Ianya juga bertujuan untuk menjana peluang dan rangkaian kerjasama diantara penyelidik dan perekacipta. UPNM telah menghantar sebanyak 14 produk penyelidikan dari 14 orang pensyarah UPNM. Kejayaan yang paling membanggakan adalah produk yang diwakili oleh UPNM telah berjaya memenangi pingat iaitu 6 emas, 3 perak dan 5 gangsa. Senarai pemenang-pemenang pingat adalah seperti berikut:

 

 

 

 

BENGKEL PEMURNIAN DASAR DAN GARIS PANDUAN PENYELIDIKAN SIRI 2

18 Oktober 2022 - Bahagian Penyelidikan dan Inovasi (BPI) telah menganjurkan Bengkel Pemurnian Dasar dan Garis Panduan Penyelidikan siri 2 yang telah berlangsung di Bilik Mesyuarat Utama, Bahagian Penyelidikan dan Inovasi, Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM). Bengkel Pemurnian Dasar dan Garis Panduan Penyelidikan siri 2 ini adalah sambungan daripada bengkel yang telah di adakan sebelum ini pada 20-22 September 2022 yang lepas. Antara perkara yang dibincangkan pada bengkel kali ini adalah berkenaan Garis Panduan Special Interest Group (SIG). Seramai 15 orang yang telah menghadiri bengkel kali ini.

 


 

 

PAMERAN 11th MALAYSIAN ROAD CONFERENCE & EXHIBITION 2022

Kuala Lumpur - Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) melalui Bahagian Penyelidikan dan Inovasi (BPI) telah menyertai Pameran 11thMalaysian Road Conference & Exhibition 2022 yang bermula dari 11 sehingga 13 Oktober  2022 di World Trade Centre (WTC). Pameran 11th Malaysian Road Conference & Exhibition 2022 diadakan bagi mempamerkan hasil penyelidikan dan pembangunan (R&D), teknologi terkini serta memberi pendedahan dan peluang pemasaran terhadap reka bentuk produk dan perkhidmatan. Pameran tersebut juga adalah acara yang dinantikan oleh bahagian kejuruteraan jalan raya tempatan dan serantau. UPNM telah berjaya mencatat kejayaan yang membanggakan dengan kesemua penyertaan produk penyelidikan UPNM telah memenangi pingat iaitu seorang penyelidik memenangi pingat emas, dua orang memenangi pingat perak dan seorang pingat gangsa. 

 

Senarai Pemenang Pameran MRC

   

 

  

PAMERAN 3rd SELANGOR R&D AND INNOVATION EXPO 2022 

Kuala Lumpur - Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) melalui Bahagian Penyelidikan dan Inovasi (BPI) telah menyertai 3rd Selangor R&D and Innovation Expo 2022 yang bermula dari 06 sehingga 09 Oktober 2022 di Kuala Lumpur Convention Center (KLCC). Pameran 3rd Selangor R&D and Innovation Expo 2022 diadakan bagi mempamerkan hasil penyelidikan dan pembangunan (R&D), teknologi terkini serta memberi pendedahan dan peluang pemasaran terhadap reka bentuk produk dan perkhidmatan. Pameran tersebut juga turut mempamerkan penciptaan dan inovasi terkini daripada pusat pengajian tinggi, institusi penyelidikan, penyelidik persendirian dan juga sektor awam dan swasta. UPNM telah berjaya mencatat sejarah kejayaan yang membanggakan dengan kesemua penyertaan produk penyelidikan UPNM telah memenangi pingat iaitu satu (1) Tempat Pertama dan dua (2) Tempat Ketiga.

 

Senarai Pemenang Pameran R&D Selangor

 

 

BENGKEL PEMURNIAN DASAR DAN GARIS PANDUAN PENYELIDIKAN 

20 - 22 September 2022 - Bahagian Penyelidikan dan Inovasi (BPI) telah menganjurkan Bengkel Pemurnian Dasar dan Garis Panduan Penyelidikan yang telah berlangsung di Pusat Marin, Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM). Objektif bengkel ini diadakan adalah bagi mengemaskini dan menambahbaik garis panduan sedia ada, mendapatkan input bagi penambahbaikan garis panduan sedia ada dan mengenalpasti kekurangan yang perlu ditambahbaik di dalam panduan sedia ada. Seramai 30 orang telah menghadiri bengkel selama 3 hari ini terdiri daripada Timbalan Dekan (Penyelidikan dan Siswazah), Timbalan Pengarah (Penyelidikan dan Siswazah), Auditor MyRA dan pensyarah-pensyarah yang berpengalaman.


 

SESI PENYAMPAIAN SIJIL PENGHARGAAN DAN SURAT TAWARAN YANG BERJAYA MEMPEROLEH GERAN PENYELIDIKAN TAHUN 2022

7 September 2022 - Satu sesi penyampaian sijil penghargaan dan surat tawaran kepada penyelidik yang berjaya memperoleh geran penyelidikan Fundamental Research Grant Scheme (FRGS), Geran Penyelidikan Industri, Geran Pemindahan Ilmu (KTP), serta Geran Penyelidikan Jangka Pendek (GPJP) telah diadakan di Auditorium FPKP, Blok C, Bangunan Fakulti Perubatan dan Kesihatan Pertahanan (FPKP). Penyampaian sijil tersebut telah disempurnakan oleh YBhg. Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi), Prof. Ts.Dr. Azizi bin Miskon.

 Senarai Penerima Geran Penyelidikan 

 

   

  

 

 PAMERAN DEFENCE, SECURITY AND SUSTAINABILITY EXHIBITION (DSS) 2022

 

3 - 4 Ogos 2022 - Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) melalui Bahagian Penyelidikan dan Inovasi (BPI) telah menganjurkan Pameran Defence, Security and Sustainability Exhibition (DSS) 2022. Penganjuran dwi-tahunan ini merupakan satu platform kepada peserta yang terlibat dalam industri pertahanan seluruh negara berkongsi idea dan teknologi, menjalin perkongsian pintar serta memulakan kerjasama sinergi dan strategik. Objektif utama DSS 2022 adalah untuk mempamerkan hasil penyelidikan dalam bidang keselamatan dan pertahanan, perubatan, sains dan teknologi serta lain-lain bidang. Tahun ini, DSS 2022 telah menerima sebanyak 230 penyertaan yang terdiri daripada universiti awam dan swasta, dan pelbagai agensi kerajaan dan swasta. YB Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad selaku Menteri Pengajian Tinggi telah menyempurnakan majlis penutup Pameran Defence, Security and Sustainability Exhibition (DSS) 2022 yang bertemakan “Discovery and Innovation Towards Excellence” di Dewan Theatrette Bangunan Lestari, Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM). 

Dalam ucapannya, YB Menteri menggesa agar universiti supaya sentiasa tampil menawarkan idea-idea baharu yang berimpak tinggi demi kesejahteraan sejagat bagi memberikan penyelesaian kepada isu dan cabaran yang wujud dalam masyarakat. Beliau berkata, indikator universiti terbaik adalah universiti yang mampu menghasilkan impak bukan sahaja terhadap warganya, malah turut memanfaatkan masyarakat umum. “Saya boleh katakan di sini bahawa di universiti, penyelidikan dan inovasi adalah seperti dakwat dengan kertas, kedua-duanya bergerak seiring. “Dengan penyelidikan, maka akan terhasillah idea, inovasi dan produk baharu yang boleh dimanfaatkan oleh pelbagai pihak,” katanya.

Hadir sama, YBhg Dato’ Dr Megat Sany Megat Ahmad Sufian, TKSU (Dasar), YBhg Prof Dato’ Dr. Husaini Omar, KPPT, YBhg Tan Sri (Dr) Syed Azman Syed Ibrahim, Pengerusi LPU UPNM,  YBhg Lt. Jen. Datuk Hasagaya Abdullah, Naib Canselor UPNM.

 

Senarai Pemenang Pameran DSS2022 seperti berikut: Klik sini

Lihat video pendek sepanjang DSS2022 berlangsung : Klik sini

 

 

PAMERAN INTERNATIONAL INVENTION, INNOVATION & TECHNOLOGY EXHIBITION (ITEX) TAHUN 2022

Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) melalui Bahagian Penyelidikan dan Inovasi (BPI) telah menyertai Pameran International Invention, Innovation and Technology Exhibition (ITEX) 2022 yang berlangsung di Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC) bermula daripada 26 sehingga 27 Mei 2022. Pameran ITEX 2022 diadakan bertujuan untuk mempamerkan hasil penyelidikan dan pembangunan (R&D), teknologi terkini serta memberi pendedahan dan peluang pemasaran terhadap reka bentuk produk dan perkhidmatan. Pameran tersebut juga turut mempamerkan penciptaan dan inovasi terkini daripada pusat pengajian tinggi, institusi penyelidikan, penyelidik persendirian dan juga sektor korporat dari negara Asia dan Eropah.  Sebanyak 7 penyertaan produk daripada 5 orang pensyarah/penyelidik UPNM telah menyertai pameran tersebut. UPNM telah berjaya mencatat sejarah kejayaan yang membanggakan dengan kesemua penyertaan produk penyelidikan UPNM telah memenangi pingat iaitu empat (4) pingat emas dan tiga (3) pingat perak.  Ini adalah merupakan pencapaian yang membanggakan bagi Universiti.

 

Senarai Pemenang Pameran ITEX2022

   

    

 

PAMERAN MALAYSIA TECHNOLOGY EXPO (MTE) TAHUN 2022

Kuala Lumpur - Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) melalui Bahagian Penyelidikan dan Inovasi (BPI) telah menyertai Pameran Malaysia Technology Expo (MTE 2022) yang bermula dari  21 sehingga 25 Mac 2022 secara dalam talian. Pameran MTE 2022 diadakan bagi mempamerkan hasil penyelidikan dan pembangunan (R&D), teknologi terkini serta memberi pendedahan dan peluang pemasaran terhadap reka bentuk produk dan perkhidmatan. Pameran tersebut juga turut mempamerkan penciptaan dan inovasi terkini daripada pusat pengajian tinggi, institusi penyelidikan, penyelidik persendirian dan juga sektor korporat dari negara Asia dan Eropah. Sebanyak 4 penyertaan produk daripada 4 orang pensyarah/penyelidik UPNM telah menyertai pameran tersebut. UPNM telah berjaya mencatat sejarah kejayaan yang membanggakan dengan kesemua penyertaan produk penyelidikan UPNM telah memenangi pingat iaitu dua (2) pingat emas dan dua (2) pingat perak.

 

Senarai Pemenang Pameran MTE2022