Pengenalan Akademi Kecergasan Pertahanan

 

Sejarah penubuhan Akademi Kecergasan Pertahanan (AKP) bermula dengan penubuhan Pusat Sains Kejurulatihan (PSK) pada tahun 2011. Kemudian, pada tahun 12 Februari 2018, PSK telah dinaik taraf kepada AKP dengan menggabungkan PSK dan Pusat Sukan UPNM. Penubuhan AKP adalah bertujuan memenuhi dan mengukuhkan niche UPNM iaitu Leaders of Character melalui pengajian sukan, pembangunan dan kecemerlangan atlet UPNM. Akademi ini juga menawarkan program pengajian sukan bermula dari Diploma sehingga ke peringkat Pasca Siswazah. AKP juga menawarkan kursus-kursus professional diperingat persijilan dalam bidang Kejurulatihan, Kepegawaian Sukan, Urutan Sukan, Terapi Sukan dan Instruktur Kecergasan / Gimnasuim.

Kesemua kursus-kursus ini adlah untuk membolehkan pelajar-pelajar AKP mudah untuk mendapat pekerjaan selepas bergraduat. Oleh itu matlamat AKP adalah untuk mendidik dan melatih pelajar-pelajar secara holistik agar mereka bersedia menghadapi cabaran kehidupan yang sebenar.

Surat Penubuhan AKP

Surat penubuhan AKP secara rasminya telah dikeluarkan oleh Jabatan Pengajian Tinggi (JPT) pada 5 April 2019. Dengan itu, AKP telah terwujud secara sah menjadi salah satu jabatan di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM).