23 APRIL 2026 | MITEC: Di sebalik angka ini, tersimpan kisah anak-anak yang membesar dalam keluarga yang berkhidmat menjaga keselamatan negara.
 
Melalui Program DSA & NATSEC Asia Graduate Fund, seramai 48 pelajar berkeperluan UPNM menerima bantuan kewangan bagi Sesi Akademik 2025/2026.
 

 
Penyerahan simbolik cek telah disampaikan kepada Naib Canselor UPNM, Lt Jen Datuk Wira Arman Rumaizi bin Hj Ahmad dalam Majlis Penutup DSA & NATSEC Asia 2026, disaksikan oleh Menteri Pertahanan, YB Dato’ Seri Mohamed Khaled Nordin.
 
Bagi para penerima, bantuan ini bukan sekadar sokongan kewangan, tetapi satu dorongan untuk terus melangkah membawa bersama harapan keluarga yang sentiasa berkorban untuk negara.
 
 
Ini bukan sekadar sumbangan, tetapi satu kesinambungan daripada mereka yang menjaga negara kepada generasi yang bakal meneruskan tanggungjawab itu.