24 JANUARI 2026 | GERIK: UPNM menganjurkan Program Jom Masuk Uni (Parlimen Gerik) yang berlangsung di Kolej Vokasional Gerik, Perak, sebagai usaha membuka laluan masa depan pendidikan tinggi kepada pelajar dan ibu bapa, khususnya dalam kalangan komuniti luar bandar.
Program ini telah dirasmikan oleh YBhg. Datuk Wira Dr. Asyraf Wajdi Dusuki, Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA) dan turut dihadiri Penolong Naib Canselor Kanan (Pembangunan Strategi) UPNM, Dato’ Dr. Norhasni binti Zainal Abiddin.
Penganjuran program ini mencerminkan komitmen UPNM sebagai universiti pertahanan tunggal negara dalam mendukung aspirasi Rancangan Pendidikan Tinggi Malaysia (RPTM) 2026-2035 khususnya agenda memperluas akses pendidikan tinggi, mobiliti sosial dan peluang kepimpinan kepada generasi muda tanpa mengira latar belakang.
Melalui inisiatif turun padang seperti ini, UPNM terus memainkan peranan sebagai pemudah cara antara dasar negara dan harapan rakyat memastikan peluang pendidikan, kerjaya pertahanan dan pembinaan kepimpinan masa hadapan benar-benar sampai ke akar umbi.
More Articles ...
Subcategories
Buletin

Kerjasama Fakulti Pengurusan, Universitas Pertahanan Indonesia dan Fakulti Pengajian dan Pengurusan Pertahanan, Universiti Pertahanan Nasional Malaysia dalam Kuliah Luar Negara (KKLN) bermula 21 Jun hingga 25 Jun 2021.
#sayangiupnmkita
#UPNMPrihatin
#kitajagakita



