PUSAT PENGURUSAN WAKAF TERIMA KUNJUNGAN DARI UNIVERSITI ISLAM MELAKA (UNIMEL)
Pusat Pengurusan Wakaf telah menerima kunjungan hormat dari pihak Universiti Islam Melaka (UNIMEL) bagi mesyuarat perbincangan penganjuran seminar antarabangsa wakaf, zakat dan filantropi 2025. Penganjuran seminar ini merupakan julung kali kolaborasi Pusat Pengurusan Wakaf bersama Universiti Islam Melaka (UNIMEL).

JELAJAH KUNJUNGAN HORMAT PUSAT PENGURUSAN WAKAF (PPW) KE FPJB UPNM
Pusat Pengurusan Wakaf akan mengadakan sesi jelajah kunjungan hormat ke FPJB yang terpilih sekitar UPNM. Matlamat utama sesi ini dibuat adalah untuk merapatkan lagi hubungan sesama FPJB disamping menerangkan fungsi Pusat Pengurusan Wakaf dan jenis bantuan yang dapat disalurkan oleh pihak Pusat Pengurusan Wakaf. Diminta FPJB yang dinyatakan untuk memaklumkan tarikh yang bersesuaian kepada Pusat Pengurusan Wakaf bagi mengadakan kunjungan hormat ini.
PENGARAH PUSAT PENGURUSAN WAKAF DILANTIK MENJADI TIMBALAN PENGERUSI 1 MAJLIS WAKAF, ENDOWMEN, DAN ZAKAT (MAWEZ) UNIVERSITI AWAM
Seluruh warga Pusat Pengurusan Wakaf ingin mengucapkan tahniah kepada YBhg. Prof. Dr. Sayuti Ab Ghani di atas pelantikan sebagai Timbalan Pengerusi 1 Majlis Wakaf, Endowmen, dan Zakat (MAWEZ) Universiti Awam berkuatkuasa mulai April 2024. Semoga YBhg. Prof dapat melaksanakan tugas dengan amanah dan penuh dedikasi.
PROGRAM GEROBOK REZEKI DENGAN KERJASAMA MAJLIS AGAMA ISLAM WILAYAH PERSEKUTUAN (MAIWP)
Program yang diadakan pada setiap bulan ini merupakan aktiviti bulanan Pusat Pengurusan Wakaf (PPW) dalam menyalurkan bantuan keperluan pelajar UPNM. Aktiviti yang dijalankan oleh Pusat Pengurusan Wakaf (PPW) dengan kerjasama Majlis Agama Islam Wilayah Persekutan (MAIWP) ini telah memberi manfaat kepada lebih 1,800 pelajar UPNM yang memerlukan.
PUSAT PENGURUSAN WAKAF TERIMA KUNJUNGAN HORMAT DARI MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR UPNM
Pusat Pengurusan Wakaf menerima kunjungan hormat dari Majlis Perwakilan Pelajar UPNM (MPP UPNM) bagi sesi 2024/2025. Kunjungan hormat ini dilakukan sebagai mengeratkan lagi silaturrahim dan juga saling bertukar idea dalam memperkasakan lagi jalinan dalam memberi bantuan kepada pelajar UPNM.