25 NOVEMBER 2025 | UPNM: Hari ini di Dewan Zulfaqar kita bukan sekadar mendengar. Hari ini kita mula memikul. Town Hall UPNM30 membuka ruang sebenar untuk universiti bertanya kepada dirinya sendiri. Adakah kita benar-benar memahami arah yang ingin kita tuju?
 
 

 
Buat pertama kali, suara pelaksana, pentadbir, pensyarah dan mahasiswa duduk dalam hala tuju yang sama. Inilah detik UPNM30 bergerak dari naratif kepada tindakan.
UPNM30 kini bukan milik satu bahagian, tetapi amanah seluruh universiti pertahanan negara. Langkah selepas ini tidak lagi mencari arah, tetapi bergerak bersama.