- Details
- Bil. Capaian: 8
19 DISEMBER 2025 | UPNM: Majlis Anugerah Sukan UPNM 2024 yang disempurnakan oleh Naib Canselor, Lt Jen Datuk Wira Arman Rumaizi bin Hj Ahmad mengiktiraf pencapaian atlet dan pasukan universiti di peringkat antarabangsa, kebangsaan dan institusi pengajian tinggi (IPT). Pengiktirafan ini merangkumi kejayaan dalam kejohanan berprofil tinggi seperti Davis Cup, Kelayakan Olimpik Asia, SUKMA, SUKIPT dan MASUM.
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |

Pemilihan penerima anugerah dibuat berdasarkan rekod pertandingan, pencapaian pingat dan konsistensi prestasi sepanjang musim sukan 2024.
Tiga pengiktirafan tertinggi Anugerah Sukan UPNM 2024 adalah:
Olahragawan Pelajar: Muhammad Aiman bin Hamdan (Tenis), wakil Malaysia ke Davis Cup dengan pencapaian pingat emas yang konsisten di peringkat IPT dan kebangsaan.
Olahragawati Pelajar: Nurul Syasya Nadiah binti Mohd Arifin (Menembak) - atlet negara, wakil Asian Olympic Qualification, pemegang rekod kejohanan serta pemenang pingat di peringkat antarabangsa.
Pasukan Terbaik: Pasukan Futsal Wanita UPNM - Naib Juara Liga Futsal Wanita IPT 2024 dengan pencapaian Penjaga Gol Terbaik, Penjaring Terbanyak kejohanan serta tempat ketiga SUKIPT 2024.
Pengiktirafan ini menegaskan komitmen UPNM dalam membangunkan sukan berprestasi tinggi berteraskan pencapaian dan kecemerlangan berterusan. Tahniah kepada semua pemenang!
- Details
- Bil. Capaian: 6
18 DISEMBER 2025 | MELAKA: UPNM terus memperkukuh komitmen pendidikan melalui Program Sekolah Angkat MADANI yang dijalankan bersama SK Telok Mas dan SMK Tun Tijah, Melaka dengan peruntukan RM100,000 bagi setiap sekolah sebagai sebahagian usaha menyahut seruan meningkatkan ekosistem pembelajaran nasional.
Program ini memberi tumpuan kepada penambahbaikan infrastruktur, intervensi akademik dan STEM serta pembangunan sahsiah dan kepimpinan murid sejajar aspirasi pendidikan holistik yang menyokong kecemerlangan masa depan pelajar.
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
Naib Canselor UPNM, Lt Jen Datuk Wira Arman Rumaizi bin Hj Ahmad, menegaskan bahawa penglibatan UPNM bukan sekadar tanggungjawab sosial, tetapi hubungan strategik jangka panjang yang memperkukuh kelangsungan pendidikan murid sehingga ke peringkat universiti.
Beliau juga turut turun padang melawat pelaksanaan sebuah lagi projek di bawah inisiatif MADANI iaitu Kampung Angkat MADANI UPNM di Kampung Alai, termasuk pembinaan baharu gelanggang futsal berbumbung, baik pulih gerai ekonomi, penyediaan lampu bagi kawasan perkuburan baharu, pembuatan tugu Kampung Alai dan pemasangan karpet baharu Masjid Al-Falihin yang kini hampir siap sepenuhnya. Turut sama semasa lawatan tapak ini YB Datuk Wira Abdul Razak bin Abdul Rahman, EXCO Pelancongan, Warisan, Seni dan Budaya, merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Telok Mas.
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |

- Details
- Bil. Capaian: 350
17 DISEMBER 2025 | UPNM: Naib Canselor UPNM, Lt Jen Datuk Wira Arman Rumaizi bin Hj Ahmad menerima kunjungan hormat sempena persaraan Mej Jen Dato’ Abdul Aziz bin Abu Hassan, Asisten Ketua Staf Grup Perkhidmatan Logistik Markas Angkatan Tentera Malaysia (MK ATM).

![]() |
![]() |
Kunjungan ini menzahirkan hubungan profesional yang erat serta penghargaan terhadap sumbangan dan kepimpinan beliau dalam memperkukuh ekosistem pertahanan negara, khususnya kerjasama strategik antara UPNM dan ATM dalam pembangunan ilmu, kepakaran dan kepimpinan pertahanan.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas khidmat bakti yang dicurahkan.
- Details
- Bil. Capaian: 332
17 DISEMBBER 2025 | UPNM: UPNM terus memberi penekanan kepada pembangunan kepimpinan dan kelestarian tadbir urus menerusi penganjuran UPNM Strategic Advancement Program 2025 melibatkan pegawai Gred 10 dan 12 yang berlangsug di Pusat Marin.
Program yang berlangsung dari 17 - 22 Disember 2025 ini dirangka sebagai platform strategik untuk memperkasa kompetensi pengurusan, kepimpinan dan pemikiran strategik pegawai UPNM dalam mendepani cabaran pengurusan universiti awam yang semakin kompleks.

![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
Merasmikan program, Naib Canselor UPNM, Lt Jen Datuk Wira Arman Rumaizi bin Hj Ahmad menegaskan bahawa inisiatif ini merupakan pelaburan jangka panjang universiti dalam membina talent pool yang kukuh, berintegriti dan bersedia menyokong pelaksanaan pelan penggantian jawatan strategik secara terancang dan mampan.
Penganjuran program ini mencerminkan komitmen berterusan UPNM dalam melahirkan barisan kepimpinan pentadbiran yang berkeupayaan tinggi, selaras dengan aspirasi Pelan Strategik UPNM30.
- Details
- Bil. Capaian: 53
15 DISEMBER 2025 | UPNM: UPNM melalui Fakulti Sains dan Teknologi Pertahanan (FSTP) memeterai Surat Hasrat (Letter of Intent, LoI) bersama Aswant Solution Sdn. Bhd. sebagai langkah strategik memperkukuh ekosistem keselamatan siber dan teknologi pertahanan negara.
Majlis menandatangani LoI ini disempurnakan oleh Naib Canselor UPNM, Lt Jen Datuk Wira Arman Rumaizi bin Hj Ahmad, manakala Aswant Solution Sdn. Bhd. diwakili oleh En. Nasrul bin Mohd Noor, Pengarah Urusan, menzahirkan komitmen bersama antara akademia dan industri.

![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
Kerjasama ini membuka ruang kepada pembangunan penyelidikan bersama, penawaran micro-credential, pemindahan kepakaran serta pengkomersialan teknologi selari dengan peranan UPNM sebagai universiti pertahanan tunggal negara. Ia turut menyokong inisiatif UPNM-Kaspersky Cyber Security Immune Lab (CSI-LAB) dalam melahirkan bakat keselamatan siber yang bersedia menghadapi ancaman digital masa hadapan.
CSI-LAB merupakan makmal keselamatan siber berasaskan teknologi Cyber Immunity pertama di Malaysia. lnisiatif ini menyokong pembangunan tenaga mahir, latihan hands-on, serta menjadikan UPNM sebagai pusat rujukan keselamatan digital serantau selaras dengan Digital Masterplan 2026-2030.
Kolaborasi strategik UPNM-industri ini mencerminkan usaha bersepadu untuk memacu inovasi, memperkukuh keupayaan nasional dan membina barisan pakar keselamatan siber demi kepentingan negara.
Akademia dan industri bergerak seiring. Keselamatan digital negara menjadi keutamaan.
More Articles ...
- UPNM Lancar Pelan Strategik UPNM30, Menetapkan Hala Tuju Institusi Menjelang 2030.
- LPU UPNM memperhalusi keputusan strategik menjelang penutup tahun 2025.
- UPNM terus memperkukuh kerjasama pertahanan antarabangsa dalam memperkasa Professional Military Education (PME).
- UPNM perkemas persediaan sebelum Mesyuarat LPU.








































