Latihan Kententeraan di UPNM terbahagi kepada dua jenis iaitu :-

 

Latihan Ketenteraan bagi Pegawai Kadet UPNM

  • Rancangan Pengurusan Latihan (RPL) Pegawai Kadet UPNM disediakan untuk membantu dan sebagai panduan kepada Akademi Latihan Ketenteraan dalam merancang dan seterusnya berupaya melaksanakan latihan dengan sistematik dan efisien.
  • Latihan ini dihasilkan setelah mengambil kira aspek-aspek kesesuaian masa yang ada, waktu pengajian akademik dan silibus subjek-subjek ketenteraan yang bersesuaian dalam usaha untuk melahirkan seorang Pegawai Muda yang berketerampilan sesuai dengan falsafah penubuhan UPNM.
  • Latihan akan dilaksanakan secara menyeluruh di UPNM. Konsep latihan yang diterapkan adalah berpandukan kepada pembentukan diri seorang Pegawai Kadet mengikut tahun pengajian di UPNM.
  • Latihan ketenteraan akan dilaksanakan pada Hari Sabtu semasa sesi pengajian akademik dan di sebelah petang Hari Isnin hingga Jumaat pula diperuntukkan untuk latihan sukan. Pada masa cuti Semester I dan 2, latihan ketenteraan akan dilaksanakan secara sepenuh masa.

 

Latihan Ketenteraan bagi Pelajar Awam (PALAPES)

  • Pelajar-pelajar Awam diwajibkan mendaftar sebagai anggota PALAPES. Mereka akan diberi elaun dan kemudahan-kemudahan lain semasa menjalani latihan ketenteraan.
  • Latihan kententeraan bagi PALAPES adalah mengikut latihan yang telah ditetapkan oleh Markas PALAPES UPNM.
  • Pelajar Awam yang berjaya menamatkan pengajian sehingga ke peringkat Sarjana Muda akan ditauliahkan sebagai Leftenan Muda dalam Pasukan Simpanan selepas tamat latihan ketenteraan.