10 JULAI 2025 | UPNM: Seramai 638 pelajar baharu terdiri daripada 453 pelajar Asasi dan 185 pelajar Diploma memulakan langkah pertama mereka sebagai warga UPNM dalam suasana penuh semangat dan simbolik. Pagi tadi di Dewan Zulfaqar, mereka berdiri teguh dan mengangkat ikrar pertama sebagai warga UPNM. Ada wajah gementar, ada senyum teruja. Tapi yang pasti, setiap seorang hadir dengan harapan dan tekad, bersedia memulakan perjalanan membina karakter dan jati diri sebagai pelapis kepimpinan masa depan.
 
 
Majlis Perasmian Minggu Perkasa Jati Diri (MPJD) disempurnakan oleh Naib Canselor UPNM, YBhg. Lt Jen Datuk Arman Rumaizi bin Hj Ahmad. Beliau turut meluangkan masa menyantuni dan beramah mesra bersama pelajar untuk menyuntik semangat dan menzahirkan sokongan penuh terhadap permulaan baharu mereka di bumi UPNM. Dari remaja yang hadir dengan beg galas dan harapan, hari ini mereka mula menempuh sebuah perjalanan yang lebih besar, membentuk disiplin, ilmu dan kepimpinan.
 
Inilah sebahagian daripada aspirasi UPNM30. Mencorak masa depan dengan membina insan berwibawa sejak hari pertama.
 
? Kami kongsikan detik pagi tadi. Kerana setiap pemimpin hebat, pernah bermula dengan satu ikrar.