- Details
- Bil. Capaian: 984
21 Mac 2024 - YB Menteri Pendidikan Tinggi, Dato' Seri Diraja Dr. Zambry Abd Kadir telah menghadiri Majlis Berbuka Puasa Perdana bersama warga UPNM yang berlangsung di Dewan Pendekar. YB Menteri meluangkan masa beramah mesra bersama pelajar dan kakitangan UPNM yang hadir.
Selesai berbuka, beliau dan warga UPNM yang hadir bergerak ke Masjid Muhammad Al-Fateh untuk menunaikan solat maghrib, solat Isyak dan solat tarawih secara berjemaah. Seusai tarawih, YB Menteri juga telah menyerahkan sumbangan bantuan komputer riba, dermasiswa dan zakat kepada 30 pelajar UPNM yang berkeperluan.
Turut hadir YBhg. Lt Jen Datuk Mardzuki bin Muhammad, Naib Canselor UPNM dan Ahli-ahli Lembaga Pengarah Universiti serta Pengurusan Tertinggi Universiti.
- Details
- Bil. Capaian: 959
21 Mac 2024 - Mesyuarat Lembaga Pengarah Universiti (LPU) UPNM Ke-55 Bilangan 1 Tahun 2024 telah diadakan di Bilik Mesyuarat Canselori dan dipengerusikan oleh YBhg. Tan Sri (Dr.) Syed Azman bin Syed Ibrahim.
- Details
- Bil. Capaian: 1470
15 Mac 2024 - Memorandum persefahaman (MoU) yang termeterai antara UPNM dan TDA hari ini akan merintis ke Program Kolaborasi Industri (PKI) yang memfokuskan kepada Pembangunan Modal Insan (HCD), Pemindahan Teknologi dan Penyelidikan, Pembangunan dan Pengkomersialan (R&D&C).
TDA sebuah syarikat di bawah Kementerian Kewangan dan sebagai pengendali PKI peringkat nasional bagi bukan pertahanan akan memberi peluang kepada UPNM memperoleh manfaat yang lebih signifikan berteraskan kepada pembangunan teknologi, pembangunan sosial ekonomi dan industri. Selain itu, UPNM disasarkan sebagai Pusat Rujukan PKI di bawah Kementerian Pendidikan Tinggi dengan menzahirkan Persijilan Program Kolaborasi Industri Peringkat Nasional.
- Details
- Bil. Capaian: 1528
18 Mac 2024 - Dengan tema “Pendidikan Gemilang, Penjana Prestasi Cemerlang”, sebanyak tujuh (7) teras strategik telah diumumkan oleh Naib Canselor, YBhg. Lt Jen Datuk Mardzuki bin Muhammad sebagai kerangka dan projeksi strategi UPNM dalam meneruskan momentum kecemerlangan tahun 2024 ini.
Bercakap kepada warga UPNM di Dewan Theatrette pagi tadi, YBhg. Naib Canselor turut mengumumkan 30 insiatif sebagai fokus utama untuk memandu hala tuju UPNM bagi mendukung aspirasi KPT.
Beliau turut menzahirkan harapan agar segala teras strategik yang ditampilkan tahun ini akan dapat direncana dan dilaksanakan menerusi pendekatan berstrategi dan berfokus.
Akhir sekali, beliau mengajak semua warga UPNM agar terus kekal dengan semangat serta kesediaan untuk mendukung prinsip tata kelola berhikmah atau wisdom dalam menyelesaikan apa jua isu yang mendatang.
*Lihat video pendek disini: https://www.youtube.com/watch?v=LLK8E5ggTy8
- Details
- Bil. Capaian: 2009
Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) telah menganjurkan Kursus Systems Integration and Experimental Design, FSE Siri 3/2024 mulai 4 hingga 8 Mac 2024 bertempat di Mines Beach Resort, Seri Kembangan, Selangor. Kursus ini adalah merupakan modul ketiga dalam Program Systems Engineering yang dikendalikan oleh UPNM dengan kerjasama University of Southeastern Norway (USN) dan Kongsberg Defence and Aerospace (KDA). Kursus ini dijalankan secara sepenuh masa melibatkan pegawai-pegawai daripada pelbagai sektor agensi Kerajaan seperti APMM, Angkatan Tentera Malaysia, STRIDE, UPM dan UPNM sendiri.
Objektif kursus ini diadakan adalah untuk memperkenalkan kepada penyepaduan sistem dan peranan pentingnya dalam pembangunan produk dan sistem yang kompleks. Majlis penutup bagi kursus ini telah disempurnakan oleh YBhg. Mej Jen Dato’ Dr. Kwong Fook Wen (Bersara), Pengarah Kanan Pejabat Penolong Naib Canselor (Jaringan Industri dan Perhubungan Korporat) dan dihadiri wakil daripada pihak Kongsberg Defence and Aerospace (KDA).