Subcategories
Pusat Bahasa
Selamat Datang ... dan Salam 1Malaysia!
Pusat Bahasa (PB) adalah pusat akademik termuda di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia. Pada awal penubuhannya, PB dikenali sebagai Pusat Pengajian Umum dan Bahasa (PPUB). Walau bagaimanapun, disebabkan penstrukturan semula, satu jabatan iaitu Jabatan Kenegaraan dan Ketamadunan telah dipindahkan ke satu fakulti yang lain mulai 1 Jun 2012.
PB menyasarkan untuk mempromosi pengetahuan bahasa tanpa sempadan dan kompetensi yang diperlukan oleh bakal pegawai tentera dan pemimpin muda di Malaysia. Kursus-kursus yang ditawarkan oleh PB adalah bertaraf wajib universiti seperti kursus Bahasa Inggeris dan Bahasa Asing (Jepun, Arab, Mandarin, Rusia, Sepanyol, dan Perancis). Pada masa akan datang PB bercadang menawarkan lebih banyak kursus-kursus yang berkaitan seperti pemikiran kritis, kesusasteraan bahasa, falsafah dan sebagainya.
PB mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua ahli jabatan yang telah berpindah ke fakulti baharu. Dengan perpindahan ini, PB kini mempunyai 34 staf akademik dan 7 staf pengurusan serta sokongan. 2020 akan menyaksikan perkembangan yang lebih sihat dalam organisasi PB.
Pusat Pengajian Siswazah
Sila ke laman sesawang baharu kami di cgs.upnm.edu.my
Pusat Penyelidikan & Teknologi Pertahanan
Pengenalan
Pusat Penyelidikan dan Teknologi Pertahanan (Centre for Defence Research and Technology, CODRAT) telah ditubuhkan pada Mac 2009 di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia, UPNM. Sebagai salah sebuah pusat kecemerlangan, CODRAT memfokuskan kepada R&D&C pertahanan untuk memenuhi Polisi Pertahanan dan juga agensi kerajaan dan swasta yang lain.
Penyelidikan di pusat ini, dilaksanakan secara usahasama dengan agensi-agensi luar yang berkaitan dalam penyelidikan pertahanan. Dalam masa yang sama, hasil penemuan penyelidikan akan dikomersialkan untuk penggunaan dalam Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan sektor keselamatan yang lain.
Visi
Menjadi pusat kecemerlangan berstatus ‘HICoE’ (Teras Perkhidmatan) bidang penyelidikan dan perkhidmatan teknologi pertahanan dan keselamatan.
Misi
CODRAT berhasrat untuk meneroka idea baru, praktikal dan inovatif bagi memenuhi hasrat UPNM sebagai penyebar pengetahuan serta aplikasinya di dalam teknologi dan sains pertahanan dan keselamatan.