IP AWAKE : AWARENESS SESSION ON INTELLECTUAL PROPERTY RIGHTS

 

Pusat Pemindahan Teknologi dan Pengkomersialan (TTC), memiliki objektif dan komitmen untuk meningkatkan kesedaran umum mengenai pentingnya harta intelek. Oleh itu, TTC telah menganjurkan IP AWAKE : AWARENESS SESSION ON INTELLECTUAL PROPERTY RIGHTS  dengan kerjasama Fakulti Perubatan dan Kesihatan Pertahanan (FPKP). Objektif seminar ini adalah untuk memberi pendedahan dan kefahaman yang optimum kepada penyelidik khususnya berkenaan harta intelek. Ini sekaligus membawa kepada penghasilan harta intelek yang berkualiti tinggi dan mempunyai nilai kebolehpasaran seterusnya membawa kepada agenda pengkomersialan.

 

Oleh kerana dunia sedang menghadapi pandemik Covid-19, seminar ini dilaksanakan dalam keadaan norma baharu dengan mematuhi SOP yang yang disediakan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. Seminar ini telah diadakan pada 26 Ogos 2021 secara atas talian mengunakan platform Microsoft Teams. Bersama-sama dalam webinar ini untuk berkongsi kepakaran mengenai harta intelek ialah En Irfan Awang, CEO Patentworth Sdn Bhd dan seramai 70 orang peserta telah mengikuti webinar ini yang telah diadakan dari jam 8.00 pagi sehingga jam 1.00 tengahari Seminar sehari ini telah berjaya berkongsi bagaimana melindungi harta intelek dan memberi kesedaran tentang perlunya melindungi hasil penyelidikan.