
Pejabat TNC (HEPA)
- Merancang pengurusan sumber manusia JHEPA dari segi latihan dan kebajikan staf;
 - Menyelaras semua unit di JHEPA;
 - Merancang dan mengurus sistem kewangan dan perbelanjaan JHEPA; dan
 - Membantu mengurus pembangunan sahsiah pelajar.
 
Pusat Kecemerlangan dan Kepimpinan Pelajar
- Mengurus dan menyelaras untuk aktiviti kokurikulum berkredit dan kokurikulum tidak berkredit;
 - Memantau dan memastikan aktiviti yang dirancang selari dengan kehendak Akta Universiti;
 - Memberi bimbingan kepada pelajar berkaitan pengendalian aktiviti/ program; dan
 - Memastikan pelajar mendapat nilai tambah sebanyak mungkin bagi setiap penyertaan dalam mana-mana program atau aktiviti yang dianjurkan oleh Universiti mahupun dari pihak luar.
 
Pusat Kaunseling, Kerjaya dan Alumni
- Bertanggungjawab menyediakan perkhidmatan psikologikal dan kaunseling kepada pelajar dan kakitangan Universiti;
 - Menyediakan perkhidmatan kaunseling yang tersusun dan terlatih untuk pelajar dan kakitangan;
 - Merancang dan melaksanakan program-program bimbingan dalam membantu meningkatkan pencapaian akademik mahasiswa;
 - Meningkatkan nilai diri golongan pelajar melalui kaedah tambah nilai dan potensi pelajar melalui soft skill dan hard skill;
 - Membangunkan tahap SQ, IQ dan EQ ke tahap yang lebih baik di kalangan pelajar; dan
 - Menyediakan para graduan yang mampu bersaing di pasaran pekerjaan yang global.
 
Pusat Kebudayaan dan Kesenian
- Merangka, merancang serta mengurus aktiviti-aktiviti berbentuk kebudayaan dan kesenian di peringkat Universiti dalam usaha untuk menggiatkan dan memperkembangkan seni budaya di kalangan pelajar UPNM;
 - Memberi khidmat nasihat, latihan dan pendedahan kepada pelajar dalam pengurusan acara berbentuk kebudayaan dan kesenian;
 - Menyelia program-program kebudayaan yang dianjurkan oleh pelajar; dan
 - Menyelaras aktiviti kelab-kelab kebudayaan pelajar UPNM.
 
Pusat Pengurusan Kediaman Pelajar
- Mengurus hal-hal berkaitan penginapan pelajar di asrama seperti pendaftaran keluar masuk, penyediaan kemudahan asas dan kebajikan pelajar di kolej kediaman;
 - Menjalankan aktiviti/ program yang dapat meningkatkan pembangunan sahsiah pelajar dan kecemerlangan akademik; dan
 - Memastikan keselamatan pelajar terjamin dari sebarang ancaman atau gangguan yang tidak diingini.
 
Pusat Pembangunan Keusahawanan dan Inovasi
- Merangka dan menyelaras dasar, strategi, pelan perlaksanaan serta pemantauan pembangunan keusahawanan pelajar;
 - Membudaya dan menggerakkan aktiviti keusahawanan pelajar melalui program yang berimpak tinggi;
 - Mengenalpasti dan membangunkan kemahiran keusahawanan pelajar melalui aktiviti dalaman dan jemputan luar; dan
 - Menjadi pusat rujukan utama berkaitan keusahawanan pelajar di UPNM.
 


