- Details
- Bil. Capaian: 6070

ZULFAQAR adalah jurnal pertama Penerbit UPNM dan dikenali sebagai ZULFAQAR: Jurnal Pertahanan dan Keselamatan Asia pada tahun 2010. Setelah beberapa tahun, ZULFAQAR telah dinaiktaraf dan diterbitkan semula sebagai ZULFAQAR dan dibahagikan kepada dua (2) kategori penerbitan, ZULFAQAR: International Journal Politic, Defense and Security (IJPDS) dan ZULFAQAR: International Journal Science Enginering and Technology (IJDSET) pada tahun 2014 bagi memberikan impak dan keterlihatan penerbitan jurnal di dalam dunia penerbitan jurnal terutamanya dalam bidang keselamatan dan pertahanan.
Mula disenaraikan dalam Malaysian Journal Management System (MyJurnal) pada tahun 2015 dan Malaysian Citation Index (MyCite) pada tahun 2017, jurnal ZULFAQAR mula mengorak langkah untuk lebih berketrampilan dan berhasrat untuk disenaraikan dalam jurnal bertaraf SCOPUS.
Mengorak langkah pertama ke arah penarafan SCOPUS, jurnal ini dinaiktaraf sebagai jurnal yang boleh diakses secara dalam talian bermula tahun 2015 dan dua (2) kategori penerbitan ZULFAQAR dijenamakan semula sebagai Journal of Defense Management, Social Science and Humanities (JDMSSH) dan Journal Science Enginering and Technology (JDSET).
Jurnal ZULFAQAR mengalu-alukan Pengarang untuk menyumbangkan makalah dalam bidang Pertahanan dan Keselamatan, Pengurusan Strategik, Dasar, Politik, Sejarah, Teknologi Ketenteraan, Keselamatan Siber, Perubatan Ketenteraan, Senjata Kimia, Sains Tulen dan yang seumpamanya untuk diterbitkan dan seterusnya menyebarkan ilmu penyelidikan yang diperoleh.
ZULFAQAR Jurnal Pengurusan Pertahanan, Sains Sosial dan Kemanusiaan (JDMSSH) diterbitkan dalam Bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia. JDMSSH terbuka untuk Pengarang di seluruh dunia. Jurnal ini diterbitkan dua kali dalam setahun (Jun dan Disember).
JDMSSH menerbitkan makalah dan ulasan semula makalah yang merangkumi semua aspek pengurusan, sains sosial dan kemanusiaan. Objektif editorial jurnal adalah untuk memudahkan peningkatan pengetahuan yang berkaitan dengan kajian dalam bidang berikut, tetapi tidak terhad kepada: Pertahanan dan Keselamatan, Pengurusan Strategik, Dasar, Politik, Sejarah dan subjek Sains Sosial lain yang berkaitan. Semua penyerahan makalah untuk penerbitan akan disemak sekurang-kurangnya oleh dua penilai pakar bidang. Jurnal ini diterbitkan setiap dua tahun oleh Penerbit UPNM.
Pautan Laman Sesawang Jurnal: https://zulfaqarjdmssh.upnm.edu.my/index.php/zjdmssh
Pautan Laman Sesawang Penarafan Jurnal: MyJurnal - Citation and Infometrics Division
ZULFAQAR Jurnal Sains Pertahanan, Kejuruteraan dan Teknologi (JDSET) diterbitkan dalam Bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia. JDSET terbuka untuk pengarang di seluruh dunia. Jurnal ini diterbitkan dua kali setahun (Jun dan Disember).
JDSET menerbitkan makalah dan ulasan semula makalah yang merangkumi semua bidang sains pertahanan, sains kejuruteraan dan teknologi pertahanan. Objektif editorial jurnal adalah untuk memudahkan peningkatan pengetahuan yang berkaitan dengan kajian dalam bidang tersebut, namun ia tidak terhad kepada: Teknologi Ketenteraan, Keselamatan Siber, Perubatan Ketenteraan, Senjata Kimia, Sains Tulen dan seumpamanya. Semua serahan makalah untuk penerbitan akan disemak sekurang-kurangnya oleh dua penilai pakar bidang. Jurnal ini diterbitkan oleh Penerbit UPNM.
Pautan Laman Sesawang Jurnal: https://zulfaqarjdset.upnm.edu.my/index.php/zjdset
Pautan Laman Sesawang Penarafan Jurnal: MyJurnal - Citation and Infometrics Division
- Details
- Bil. Capaian: 18587

Penerbit UPNM telah ditubuhkan secara rasmi pada 22 Disember 2008, selepas mendapat kelulusan daripada Mesyuarat Senat Universiti yang bersidang pada tarikh yang sama.
Secara keseluruhan, Penerbit UPNM berpegang kepada misi untuk menerbitkan dan menyebarkan karya ilmiah para akademia UPNM serta individu lain yang memberi sumbangan dalam penyebaran ilmu, khususnya dalam bidang pertahanan dan keselamatan. Penerbit UPNM berhasrat untuk menjadi sebuah penerbit universiti yang terkemuka melalui penghasilan karya ilmiah yang berkualiti tinggi, terutamanya dalam bidang yang menjadi keutamaan universiti.
Sejak penubuhannya pada tahun 2008, Penerbit UPNM telah menerbitkan lebih daripada 100 judul buku dalam pelbagai genre, baik dalam format bercetak mahupun digital. Buku-buku ini diterbitkan untuk memenuhi KPI Penerbit UPNM serta para akademia universiti. Melalui penerbitan dalam bentuk e-buku dan buku bercetak, Penerbit UPNM berusaha untuk memperluas capaian ilmu pengetahuan di kalangan masyarakat akademik, sekaligus menyumbang kepada pengembangan ilmu pertahanan dan keselamatan.


