✨ TERBUKA KEPADA SEMUA ✨

⏰ STROKE AMONG YOUNG PEOPLE ⏰
? Tarikh: 10 Januari 2022  (Isnin)
⏰ Masa: 3pm - 4pm
?️Platform: Google Meet (Klik link di pautan)

https://meet.google.com/ehy-eibd-fwj

AYUH BERSAMA IMARAHKAN KESEDARAN TENTANG STROK DI KALANGAN REMAJA
#SharingIsCaring  #WeLoveUPNM  #PusatBahasaUPNM  #SULAM  #LindungDiriLindungSemua  #KitaJagaKita

 

14 Januari 2022 - Pusat Bahasa UPNM telah menganjurkan Bengkel Pemurnian Kertas Usulan Penyelidikan Permohonan Geran 2022 Siri II peringkat FPJB bersama Fasilitator Penilai Dalaman bagi Kluster Sains Sosial.

 

PELAJAR UPNM MENYANTUNI PESAKIT STROKE DI WAD REHABILITASI NEUROLOGI HOSPITAL REHABILITASI CHERAS (HRC)

15 Januari 2022 - Satu aktiviti yang melibatkan pelajar Projek SULAM (Service Learning Malaysia; University for Society) Pusat Bahasa UPNM di bawah kelolaan PM Dr. Norshima binti Zainal Shah telah dilakukan bersama pesakit stroke di Wad Rehabilitasi Neurologi HRC.

 

24 Januari 2022 - Prof. Madya Dr. Norshima Binti Zainal Shah, Lt Kol Hilmi Azani Bin Husain, Dr. Erda Wati Bin Bakar dan Dr. Najjah Salwa Binti And Razak telah menghadiri mesyuarat 'MOU' bersama Institut Terjemahan & Buku Malaysia (ITBM) di Wisma ITBM, Wangsa Maju, Kuala Lumpur.

 

Pusat Bahasa (PB) dan UPNM Holdings telah mengadakan satu mesyuarat untuk mengusahakan satu program mengajar Bahasa Inggeris untuk pelajar-pelajar Cina dari China. Turut hadir dari wakil Pusat Bahasa ialah Pengarah PB Prof Madya Dr Norshima Zainal Shah, Timbalan Pengarah Akademik PB Lt Kol Hilmi Azani Husain, pensyarah PB Cik Wan Anis Ilani Wan Kamaruddin, Puan Masdini Harina Abd Manan dan Puan Norashikin Sahol Hamid. Kerjasama ini juga turut melibatkan usaha sama bersama Institut Pengajian Eksekutif UPNM.

 

Kempen Derma Darah telah dianjurkan oleh pihak universiti pada 25 hingga 26 Januari 2022 sebagai inisiatif bagi menggalakkan staf dan para pelajar untuk menderma darah dan sekaligus membantu menyelamatkan nyawa. Staf dan pelajar Pusat Bahasa (PB) juga turut menyertai Kempen Derma Darah tersebut.

 

Tahniah kepada Lt Kol Enock a/l Amalanathan yang baru sahaja tamat pengajian dalam Doktor Falsafah di Pusat Bahasa UPNM. Tahniah juga kepada penyelia utama Lt Kol Surjeet Singh a/l Peara Singh Jeggy. Semoga terus maju dan berjaya. Jumpa di Konvo UPNM 2022.

 

 

Lawatan Pusat Bahasa dan Pusat Jaringan Akademik dan Antarabangsa UPNM ke Kedutaan Republik Tajikistan

 

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,  YBhg. Prof./Prof. Madya/Dr./Tuan/Puan dijemput menghantar artikel atau makalah akademik untuk penerbitan dalaman Pusat Bahasa. Tarikh akhir penghantaran draf pertama adalah pada 25.03.2022 (Jumaat).  Para pensyarah dan guru bahasa juga dialu-alukan untuk menghantar hasil kerja pelajar seliaan PSM yang lengkap dan berkualiti untuk diterbitkan.  Emel boleh dirujuk untuk mendapatkan maklumat lanjut berkenaan penerbitan. Segala pertanyaan lanjut boleh dihantar kepada En Mohd Shafiq atau Dr Hasrul. Terima kasih.

 

Pada 09 Februari 2022, Pusat Bahasa dan Pejabat Timbalan Naib Canselor (Akademik & Perhubungan Antarabangsa) UPNM telah mengadakan Majlis Penyerahan Watikah Pelantikan dan Pelancaran Buku Sasterawan Di Universiti@UPNM. YBhg. Dato’ Dr Hj Anwar Ridhwan telah dilantik sebagai Profesor Adjung di UPNM dan watikah perlantikan beliau telah disampaikan oleh YBhg. Lt Jen Datuk Hasagaya Abdullah. Sebanyak tiga buah buku telah dilancarkan dalam majlis ini iaitu buku yang bertajuk ‘Bicara Buah-Buah Di Butala Emas’, sebuah Antologi Cerpen Karyawan UPNM, ‘Gapura Sukma’, sebuah Antologi Puisi Karyawan UPNM dan sebuah naskhah eksklusif yang dikarang oleh Dato’ Dr Hj Anwar Ridhwan sendiri iaitu ‘Jalan Kenangan Menuju Anugerah Sastera Negara’. Majlis ini turut dimeriahkan lagi dengan kehadiran staf UPNM dari pelbagai jabatan dan fakulti serta mengikut SOP yang telah ditetapkan oleh MKN.

 

Bengkel Penulisan Skrip Drama Pentas Sasterawan Di Universiti@UPNM

Pusat Bahasa dan Pejabat Timbalan Naib Canselor (Akademik & Perhubungan Antarabangsa) UPNM telah adakan satu bengkel penulisan skrip drama pentas untuk staf UPNM. Bengkel ‘Penulisan Skrip Drama Pentas bersama Sasterawan Negara’ kali ini diadakan untuk mengetengahkan YBhg. Sasterawan Negara Dato’ Dr Mohd. Anuar bin Hj. Ridhwan sebagai penasihat program Sasterawan Di Universiti@UPNM. Bengkel ini bertujuan memberi pendedahan kepada peserta berkenaan asas penghasilan skrip drama pentas berkualiti di mana skrip-skrip yang dihasilkan akan dibukukan. Penceramah jemputan kali ini ialah Puan Roziah Adama dari Akademi Seni Budaya Dan Warisan Kebangsaan (ASWARA).

 

 27.05.2022, "Coffee talk" bersama Profesor Dr Jowati Bt. Juhary

 

31.05.2022,Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri bersama

Pusat Bahasa, NIEEd, Pusat Islam dan Pusat Kepimpinan dan Pembangunan profesional.

 

 

 16.06.2022, Majlis serah terima tugas Pengarah Pusat Bahasa

 

24 Jun 2022, Majlis Anugerah Dekan Pusat Bahasa UPNM

 

28.07.2022, "Coffee talk" bersama

Pn Afifah Quraishah Bt. Abdul Nasir dan En Muhammad Shafiq B. Azid

 

29 Julai 2022, Seminar Penghasilan Hak Cipta Dan Cap Dagang Bagi Tujuan Pengkomersialan.