Mesyuarat pemantauan penyelidikan UPNM-Petronas

Penyelidik CENTROP bersama wakil daripada Renewable Energy Program, Petronas, Dr. Azlan dan Dr. Ainnur Izzati Kamisan bermesyuarat bagi membentangkan laporan kemajuan projek penyelidikan geran PACD

Satu mesyuarat pemantauan penyelidikan antara Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) dan Petronas Research Sdn. Bhd. (PRSB) telah diadakan pada 24 Januari 2025 bertempat di Bilik Kuliah 5, Bangunan Jauhari. Mesyuarat ini bertujuan menilai perkembangan semasa projek penyelidikan berkaitan penghasilan bateri natrium daripada biomas kelapa sawit.  Antara agenda utama mesyuarat termasuk pembentangan laporan kemajuan oleh penyelidik utama, penilaian pencapaian objektif penyelidikan, perbincangan cabaran teknikal, serta cadangan penambahbaikan dan potensi peluasan skop kerjasama. Wakil daripada PRSB turut sama hadir secara maya memberikan input strategik.