9 DISEMBER 2025 | KUALA LUMPUR: Naib Canselor UPNM, YBhg. Lt Jen Datuk Wira Arman Rumaizi bin Hj Ahmad bersama Pendaftar, Puan Fazielah binti Mohamad mengadakan sesi perjumpaan dan libat urus bersama Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti (LPU), YBhg. Tan Sri Dato’ Seri Syed Azman bin Syed Ibrahim, sebagai persediaan awal menjelang Mesyuarat LPU akan datang.
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
Sesi ini memberi ruang untuk menyelaras agenda, membincangkan perkara strategik dan memastikan setiap pembentangan berada pada landasan yang jelas serta selaras dengan hala tuju UPNM30.
Pertemuan ini juga menzahirkan komitmen pengurusan tertinggi UPNM dalam memperkukuh tadbir urus, ketelusan dan kesiapsiagaan organisasi sejajar dengan aspirasi transformasi universiti.






