17 DISEMBBER 2025 | UPNM: UPNM terus memberi penekanan kepada pembangunan kepimpinan dan kelestarian tadbir urus menerusi penganjuran UPNM Strategic Advancement Program 2025 melibatkan pegawai Gred 10 dan 12 yang berlangsug di Pusat Marin.
 
Program yang berlangsung dari 17 - 22 Disember 2025 ini dirangka sebagai platform strategik untuk memperkasa kompetensi pengurusan, kepimpinan dan pemikiran strategik pegawai UPNM dalam mendepani cabaran pengurusan universiti awam yang semakin kompleks.
 
 
Merasmikan program, Naib Canselor UPNM, Lt Jen Datuk Wira Arman Rumaizi bin Hj Ahmad menegaskan bahawa inisiatif ini merupakan pelaburan jangka panjang universiti dalam membina talent pool yang kukuh, berintegriti dan bersedia menyokong pelaksanaan pelan penggantian jawatan strategik secara terancang dan mampan.
 
Penganjuran program ini mencerminkan komitmen berterusan UPNM dalam melahirkan barisan kepimpinan pentadbiran yang berkeupayaan tinggi, selaras dengan aspirasi Pelan Strategik UPNM30.