11 APRIL 2026 | MELAKA: Naib Canselor UPNM, Lt Jen Datuk Wira Arman Rumaizi bin Hj Ahmad, hari ini mengadakan kunjungan hormat ke atas Tuan Yang Terutama Tun Seri Setia Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka, sejurus selesai Majlis Penyerahan Projek Program Kampung Angkat MADANI di Kampung Alai.
Program ini merupakan inisiatif Kerajaan MADANI yang dilaksanakan oleh UPNM, membawa perubahan nyata di Kampung Alai melalui pembangunan infrastruktur dan inisiatif komuniti bernilai RM1 juta yang kini mula dimanfaatkan oleh penduduk setempat.
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
Dalam suasana mesra, Naib Canselor berkongsi bagaimana pelaksanaan program ini bukan sahaja memperkasa komuniti, tetapi turut membangunkan modal insan dan bakat masa hadapan selari dengan peranan UPNM sebagai universiti pertahanan tunggal negara.
Kunjungan ini bukan sekadar refleksi kejayaan semasa, tetapi juga langkah membuka ruang kepada pengembangan program ke skala lebih luas menjadikan Kampung Alai sebagai model pembangunan komuniti yang menyeluruh.











