17 JULAI 2025 | UPNM: Hijrah bukan sekadar perpindahan fizikal. Ia adalah anjakan minda dan jiwa. Dari gelap kepada terang, dari kekeliruan kepada petunjuk, dari kelemahan kepada kepimpinan.
 
Sempena sambutan Maal Hijrah 1447H, Pusat Islam UPNM dengan kerjasama PPZ-MAIWP telah menganjurkan Program Bicara Maal Hijrah di Dewan Bestari yang menampilkan penceramah jemputan Al-Fadhil Ustaz Haji Jafri Abu Bakar Mahmoodi.
 
 
 
Dengan menjadikan peristiwa agung Hijrah Rasulullah SAW sebagai titik rujuk, hadirin diajak merenung erti kepimpinan Islamik yang bersumberkan wahyu, kepimpinan yang berstrategi, berprinsip dan berakhlak tinggi. Bukan sekadar memimpin manusia, tetapi memimpin hati dan peradaban.
 
Program dimulakan dengan Kunjungan Hormat wakil PPZ-MAIWP ke atas YBhg. Lt Jen Datuk Arman Rumaizi bin Hj Ahmad, Naib Canselor UPNM.
 
Semoga bicara ini menjadi pemangkin untuk kita semua membina kepimpinan ummah yang lahir dari jiwa dan terarah oleh hikmah Hijrah.