KEJOHANAN FUTSAL PIALA TIMBALAN NAIB CANSELOR
(AKADEMIK DAN ANTARABANGSA) UPNM TAHUN 2023
 
 
 

Pada 6 Julai 2023 telah berlangsungnya Kejohanan Futsal Piala Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) bagi Tahun 2023 di Dewan Kompleks Sukan, Cheras Selatan. Sebanyak 13 pasukan lelaki dan 9 pasukan wanita telah mengambil bahagian di mana pada tahun ni buat pertama kalinya kategori wanita diperkenalkan. Sesi penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh YBhg. Prof. Dato' Ts. Dr. Ahmad Mujahid bin Ahmad Zaidi, Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) diiringi pengurusan Universiti yang turut meluangkan masa memeriahkan kejohanan futsal tersebut. Johan bagi Kategori Lelaki dimenangi oleh pasukan dari Akademi Kecergasan Pertahanan manakala Johan bagi Kategori Wanita dimenangi oleh pasukan dari Pejabat Pendaftar. Tahniah diucapkan kepada pasukan yang telah meraih kemenangan dan semoga semangat kesukanan seperti ini dapat terus dikekalkan.
 
 
Tempat pertama bagi Futsal Lelaki dimenangi oleh Ciken FC dari Akademi Kecergasan Pertahanan UPNM

Tempat pertama Futsal Wanita dimenangi oleh Awesome FC dari Pejabat Pendaftar UPNM

Sesi bergambar TNC (AA) bersama Pengurusan Universiti dan Urusetia Pejabat TNC (AA).