Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) bertangungjawab menerajui pentadbiran dan pengurusan universiti khususnya bagi portfolio akademik dan antarabangsa. Bagi skop akademik, beliau mempunyai peranan dalam meningkatkan pembangunan polisi akademik, menambah-baik kualiti pengajaran dan pembelajaran serta memastikan jaminan kualiti program akademik agar sentiasa unggul dan berdaya saing. Selain itu, Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) bertanggungjawab ke atas perkembangan dan promosi hal ehwal antarabangsa serta urusan pengantarabangsaan universiti.

Selain itu, Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) juga menyokong Naib Canselor dalam menggerakkan kepimpinan universiti ke arah mancapai matlamat strategik universiti yang berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran serta pengantarabangsaan. Ini termasuklah pengayaan pengalaman pelajar dalam menimba ilmu, pelaksanaan pembangunan professional yang berterusan bagi pegawai akademik universiti. Peranan utama yang diberikan penekanan adalah pembangunan rangka kerja dan polisi yang menyokong matlamat strategik universiti serta memberi panduan dan sokongan kepada fakulti dan PTJ lain dalam mencapai matlamat berkenaan.

Secara ringkasnya, Portfolio Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) merangkumi beberapa bidang utama:

i.    Menyelia dan memperkukuhkan penawaran serta pelaksanaan aktiviti pengajaran dan pembelajaran serta mempromosikan program akademik bagi semua peringkat pengajian: 

  • Fakulti Pengajian dan Pengurusan Pertahanan
  • Fakulti Kejuruteraan
  • Fakulti Sains dan Teknologi Pertahanan
  • Fakulti Perubatan dan Kesihatan Pertahanan
  • Pusat Asasi Pertahanan
  • Pusat Bahasa
  • Pusat Pengajian Siswazah

 ii.   Meningkatkan Fungsi Sokongan pengurusan dan pentadbiran urusan berkaitan Akademik dan Antarabangsa: 

  • Pusat Pengurusan Akademik dan Pengijazahan
  • Pusat APEL
  • Pusat Pengajaran dan Pembelajaran
  • Pusat Jaringan Akademik dan Antarabangsa
  • Pusat Pembangunan Akademik
  • Institut Pengajian Eksekutif UPNM (NIEEd)

 Tanggungjawab utama Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) termasuklah: 

  • Pengurusan operasi harian aktiviti pendidikan termasuk integrasi perancangan fakulti dengan perancangan universiti secara keseluruhan.
  • Perancangan pendidikan dan polisi, termasuk jaminan kualiti pendidikan siswazah dan pasca-sisawazah, biasisawa, dan pengurusan dan pembangunan polisi kemasukan.
  • Pengurusan kemasukan ke universiti. Mempromosikan proses-proses jaminan kualiti dan memenuhi keperluan ISO.
  • Memantapkan komunikasi dalaman dan sebaran maklumat berkenaan dengan isu pengurusan pendidikan dan polisi.
  • Mengenalpasti isu akademik untuk dipertimbangkan oleh pengurusan universiti secara berterusan
  • Pengurusan proses kajian semula kurikulum.
  • Pengurusan promosi akademik.
  • Pengurusan hal ehwal antarabangsa.
  • Menyediakan penyerahan polisi kepada pihak kerajaan dan yang berkaitan.
  • Mempengurusikan pelbagai jawatankuasa pada peringkat universiti khususnya berkaitan hal ehwal pengajian prasiswazah, siswazah, biasiswa serta cuti belajar pegawai, pengambilan dan kenaikan pangkat pegawai akademik, konvokesyen, mobiliti antarabangsa, promosi dalam dan luar negara dan sebagainya.

 

Dari segi pembangunan sumber manusia, TNCAA bertanggungjawab bersama-sama dengan Pendaftar dalam pengambilan, pembangunan dan pemantauan pencapaian pegawai akademik UPNM.