PIAGAM PELANGGAN PEJABAT TIMBALAN NAIB CANSELOR (AKADEMIK & ANTARABANGSA)
Kami berjanji:
1) Memberikan perkhidmatan yang cemerlang melalui perancangan, penggubalan dan pelaksanaan dasar akademik dengan menepati ciri-ciri kualiti seperti yang berikut:
- Cepat dalam semua tindakan
- Tepat dalam membuat keputusan
- Layanan mesra kepada pihak berkepentingan
- Menentukan pentadbiran dan maklumat mudah diperolehi serta dipercayai
- Menepati undang-undang, dasar dan peraturan.
2) Memastikan hubungan dengan pihak luar di peringkat antarabangsa terjalin dengan baik apabila perjanjian persefahaman dimeterai dalam perkongsian pelbagai kepakaran akademik mahupun Latihan Ketenteraan.
3) Menguruskan permohonan pembangunan program-program baharu serta semakan dokumen sebelum di bawa ke Kementerian Pengajian Tinggi.
4) Menguruskan semakan dokumen pengiktirafan program sebelum dibawa ke badan-badan penilai professional untuk proses pengiktirafan dalam masa 14 hari waktu bekerja.
5) Memastikan penubuhan FPJB mematuhi segala aspek yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi.
6) Memastikan bahawa Dasar Akademik UPNM mematuhi standard piawaian yang telah digariskan oleh Kementerian Pengajian Tinggi.
7) Memastikan pengurusan pelajar dalam bidang akademik yang terbaik bertujuan menguatkan keberkesanan kecemerlangan melalui pembangunan sistem-sistem dan amalan dari Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia.
8) Memastikan kualiti pendidikan di UPNM berada pada tahap terbaik dalam kedudukan Institusi Pengajian Tinggi di Malaysia.