Pada 28 Oktober 2022 bertempat di Endah Parade, Sri Petaling, Kuala Lumpur, Kesatuan Kakitangan Sokongan UPNM (KESUPNA) telah menganjurkan Pertandingan Tenpin Bowling 2022 bagi merebut Piala Pusingan Presiden KESUPNA.

Pertandingan ini telah disempurnakan perasmiannya oleh Encik Bahaman bin Haron, Presiden KESUPNA. Dalam ucapannya, beliau menyatakan tujuan pertandingan diadakan adalah untuk memupuk silaturrahim antara ahli KESUPNA, mencungkil bakat-bakat baru di samping menyemarakkan lagi semangat berpasukan.

Pertandingan yang berlangsung dengan meriahnya dibahagikan kepada kategori berkumpulan, mata tertinggi keseluruhan kategori lelaki dan wanita serta acara cabutan bertuah.

Kumpulan Low Profile telah dinobatkan sebagai Johan Kategori Berkumpulan terdiri daripada En Wan Ahmad Mukhlis Shah (Jabatan Pembangunan dan Penyelenggaraan), Puan Norazizah (Pejabat Naib Canselor), Puan Syaza Husna (Fakulti Pengajian & Pengurusan Pertahanan) dan En Khairil Johari (Pusat Kesihatan).

Sementara itu, skor mata tertinggi pertandingan bagi kategori lelaki diungguli oleh En Khairil Johari (Pusat Kesihatan) dan bagi kategori wanita dimenangi oleh Puan Nurul Huda Aksho @ Akso (Pusat Kesihatan). Puan Nur Zahirah binti Slamth Ali dari Pejabat Penolong Naib Canselor, Jaringan Industri dan Perhubungan Korporat berjaya menjadi pemenang utama cabutan bertuah.

Syabas dan tahniah diucapkan kepada KESUPNA atas penganjuran pertandingan Tenpin Boling 2022 dan para pemenang.