• Memajukan kepentingan semua ahli yang berdaftar dalam bidang perhubungan perusahaan, kemasyarakatan dan ilmu pengetahuan;
  • Mengatur perhubungan antara pekerja dengan majikan bagi maksud melaksanakan perhubungan perusahaan yang baik, meningkatkan daya pengeluaran dan memperolehi serta mengekalkan bagi ahli-ahlinya sukatan gaji yang adil dan sesuai, syarat - syarat pekerjaan yang berpatutan dan keselamatan pekerjaan.
  • Mengaturkan perhubungan di antara ahli dengan ahli atau di antara ahli dengan lain-lain pekerja atau di antara ahli dengan Kesatuan atau pegawai Kesatuan atau di antara pegawai Kesatuan dengan Kesatuan dan menyelesaikan sebarang perselisihan atau pertikaian di antara mereka itu dengan cara aman dan bermuafakat atau melalui jentera penimbangtara menurut kehendak Peraturan 26 dan 27.
  • Memajukan kebajikan ahli-ahli Kesatuan dari segi sosial, kebendaan dan pendidikan menurut undang-undang.
  • Memberi bantuan guaman kepada ahli-ahli berhubung dengan pekerjaan mereka jika dipersetujui oleh Majlis Jawatankuasa Kerja;
  • Memberi bantuan kepada ahli jika dipersetujui oleh Majlis Jawatankuasa Kerja seperti pembiayaan di masa teraniaya atau di masa pertikaian kerja.
  • Menganjurkan dan mengendalikan kursus, dialog, seminar dan sebagainya untuk kebajikan ahli-ahli Kesatuan khasnya dan para pekerja amnya.
  • Mengendalikan, jika dipersetujui oleh Mesyuarat Agung, urusan mengarang, mencetak, menerbit dan mengedarkan sebarang suratkhabar, majalah, surat berita atau lain-lain penerbitan untuk menjayakan tujuan-tujuan Kesatuan ini atau untuk memajukan kepentingan-kepentingan ahli-ahli Kesatuan.
  • Menubuhkan kumpulan wang kebajikan jika dipersetujui oleh Mesyuarat Agung dan menggubalkan Peraturan-Peraturan Tambahan untuk mentadbir dan mengawal kumpulan wang itu.
  • Secara amnya melaksanakan sebarang tujuan Kesatuan Sekerja yang sah di sisi undang-undang.