21 April 2022 - Agihan Bubur Lambuk Sempena Ramadhan

Ahli KESUPNA.

*PENGAGIHAN BUBUR LAMBUK*

Tarikh : 21 April 2022 (Khamis)
Masa : 11.30 pagi
Tempat : Lobi Bangunan Bestari

Jemput datang ramai-ramai .

Sumbangan Ikhalas Daripada :
KESUPNA, NADIMASA & PERINTIS

Sekian, terima kasih.

 

 

Salam Ramdhan al-Mubarak 1443H/2022M

Assalamualaikum... Salam Ramadan 1443H...

KESUPNA ingin mengucapkan Selamat Menyambut Ramadan Al-Mubarak 1443H kepada semua staf UPNM dan rakan-rakan yang beragama Islam. Semoga Ramadan pada kali ini akan memberi seribu rahmat buat kita semua dan dengan kesucian Bulan Ramadan yang penuh barakah dan rahmat ini mudah-mudahan virus covid-19 segera terhapus dan lenyap daripada muka bumi ini. Aamiin..Aamiin..Ya Rabbal Aalamiin...

Sucikan hati & bersihkan jiwa di bulan yg penuh barakah dan keampunan ini... Selamat Berpuasa & Selamat Beramal.

‘Apabila datangnya Ramadhan, maka dibukakan pintu-pintu syurga dan ditutup segala pintu neraka dan dirantai segala syaitan.'
(Hadis Riwayat: Bukhari, Muslim dan Nasaaei)

"PEKERJA BERSATU UNIVERSITI MAJU"

 

 

1 Mac 2022 - Selamat Menyambut Israk Mikraj

Assalamualaikum... Salam UPNM

KESUPNA ingin mengucapkan Selamat Menyambut Israk Mikraj pada 27 Rejab 1443H kepada semua staf UPNM dan rakan-rakan yang beragama Islam.

Semoga di hari ini Allah angkat wabak dan penyakit yang ada pada muka bumi ini dan semoga Allah turunkan rahmat dan rezeki kepada kita semua. InsyaAllah mudah-mudahan... Aamiin Aamiin Ya Rabbal Alaamiin.

"Maha Suci Allah yang telah menjalankan hambaNya pada malam hari dari Masjid Al-Haraam ke Masjid Al-Aqsa, yang Kami berkati sekelilingnya, untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran) Kami."
(Surah Al-Isra' Ayat 1)

 

 

Makluman berkaitan Penundaan Mesyuarat Agung Tiga Tahunan KESUPNA Penggal 2020-2023