1. Menjadi satu badan yang mewakili dan menyatu pasukan Pegawai Tadbir dan Ikhtisas Universiti Pertahanan Nasional Malaysia di bawah satu pertubuhan yang berdaftar.

2. Memberi sumbangan untuk perkembangan dan kemajuan perkhidmatan,pentadbiran dan ikhtisas.

3. Memacu ke arah mencapai matlamat Universiti Pertahanan Nasional Malaysia.

4. Menjadi badan perunding kepada peningkatan kerjaya dan kepentingan ahli.

5. Menjadi ahli gabungan dan bekerjsama dengan mana-mana pertubuhan dalaman Universiti, Kebangsaan dan Antarabangsa yang sesuai dengan dasar Persatuan.

6. Menyebarkan penerangan dan maklumat mengenai kegiatan dan hal yang berkaitan dengan kepentingan ahli.

7. Mengemukakan pendapat dan perakuan kepada pihak berkuasa Universiti, Agensi dan Kerajaan serta badan-badan lain mengenai perkara berkaitan kepentingan ahli.

8. Meningkatkan etika dan integriti di kalangan ahli.