30 JULAI 2025 | UPNM: Ini bukan lagi soal senjata canggih, tapi bagaimana data, simulasi dan kecerdasan buatan (AI) membentuk keputusan paling kritikal dalam misi ketenteraan.
Inilah yang dibongkar dalam Distinguished Professor Talk 2025 bertajuk Resilience of Complex Infrastructures - The Role of AI in Executive Military Decision Making, anjuran Fakulti Sains & Teknologi Pertahanan (FSTP) bersama Prof. Dr. Stefan Wolfgang Pickl dari University of the Federal Armed Forces Munich, Germany.
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
Dari ketahanan infrastruktur hingga ke algoritma taktikal, sesi ini tunjuk bagaimana AI dan operations research digabung untuk membentuk sistem pertahanan yang bukan saja cekap, tapi bijak berfikir dalam krisis.
Dalam dunia serba tidak menentu, strategi pertahanan hari ini bukan soal otot. Ia soal otak dan teknologi yang menyokongnya.
Inilah landskap baharu yang sedang diteroka di UPNM selaras aspirasi UPNM30 untuk menjadi peneraju ilmu dan teknologi pertahanan serantau.