Bentuk bulat menggambarkan kebulatan tekad dan kesatuan semangat warga UPNM dalam menyempurnakan tanggungjawab yang dipikul.

 

Komponen penting logo UPNM diletakkan di tengah-tengah logo kualiti dengan latar belakang tiga warna perkhidmatan darat, laut dan udara yang membawa makna UPNM bersatu ke arah kualiti.

 

Moto Kualiti Pemangkin Kecemerlangan diletakkan sebagai kepentingan kualiti yang unggul sebagai teras kecemerlangan.