Bahagian Jaminan Kualiti dan Pengurusan Data (BJKPD) ini terletak di bawah tanggungjawab seorang Pengurus Kualiti (PK) iaitu Penolong Naib Canselor (Pengurusan Projek dan Pembangunan Strategik) dengan dibantu oleh ahli-ahli Jawatankuasa Jaminan Kualiti Universiti (JJKU). Manakala setiap jabatan, fakulti, pusat, bahagian atau unit tertentu telah diwakili oleh Timbalan Pengurus Kualiti masing-masing yang menyelaras aktiviti yang berkaitan dengan pelaksanaan Sistem Ppengurusan Kualiti (SPK) untuk memastikan sistem pengurusan yang lebih efektif dan berkesan di bahagian masing-masing.

Peranan Bahagian Jaminan Kualiti dan Pengurusan Data (BJKPD) yang sedia ada adalah lebih bertumpu kepada pemantauan Sistem Pengurusan Kualiti (SPK) yang berpandukan kepada skop piawaian MS ISO 9001:2015. Dengan adanya perjawatan tetap dalam BJKPD, peranan pusat ini akan diperluaskan lagi untuk melaksanakan pemantauan Sistem Pengurusan Kualiti (SPK) yang mematuhi piawaian dan pengiktirafan badan-badan ikhtisas dan antarabangsa yang lain seperti Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), SIRIM, LRQA dan pihak Unit Permodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU). Hal ini selaras dengan peranan UPNM itu sendiri yang berteraskan kecemerlangan pengurusan pengajian akademik dan ilmu latihan ketenteraan umum.