1.   Peranan dan Fungsi Seksyen Pengurusan Kualiti

 

  • Menyelaras penyediaan, penyemakan dan penyelenggaraan dokumen dan rekod sistem pengurusan kualiti MS ISO 9001 setiap Fakulti/ Jabatan/ Pusat/ Bahagian di UPNM.

 

  • Menjalankan kajian terhadap maklum balas pelanggan dan aduan serta menyelaras usaha-usaha penambahbaikan yang berterusan.

 

  • Menyelaras dasar berkaitan dengan pembangunan jaminan kualiti dan peningkatan semua aspek operasi universiti.

 

  • Mengumpul, menyebar dan menerbitkan maklumat berkenaan dengan aspek kualiti.

 

  • Menjalankan kajian terhadap maklum balas pelanggan dan aduan; serta menyelaras usaha-usaha penambahbaikan berterusan.

 

  • Menjalin hubungan dengan unit/ pusat kualiti di institut pengajian tinggi lain bagi berkongsi pengalaman dan maklumat berkaitan isu kualiti pengajian tinggi.

 

  • Melakukan penyelidikan berkaitan kualiti dalam pengajian tinggi dengan menggabungkan kepakaran dalaman dan luaran bagi membantu pembikinan keputusan dan perancangan kualiti di UPNM.

 

  • Menyediakan perkhidmatan konsultasi dalam bidang pengurusan kualiti.

 

2.   Peranan dan Fungsi Seksyen Pengurusan Inovasi

 

  • Menjadi urusetia dan penyelaras bagi proses penghantaran data-data MyMoheS, MyRA, 1NationProspek, My3S, SBSys, MASTIC dan lain-lain yang berkaitan.

 

  • Menyalurkan laporan data secara berkala kepada pihak berkepentingan seperti KPT, (PPPM-PT, 1 Nation Prospect, MyMoheS, MyRA, SBSys), MPi, KPI OBB, Lembaga Pengarah Universiti (LPU), Pengurusan UPNM dan lain-lain.

 

  • Merancang, membantu dan menyelaras bengkel-bengkel berkaitan MyMoheS, KPI OBB, MPi serta sistem-sistem data yang lain.

 

  • Menguruskan pengumpulan, melakukan analisa dan pengesahan data serta maklumat rasmi universiti secara berterusan.

 

  • Bertanggungjawab dalam menguruskan mesyuarat/ sekretariat/ data setempat sebelum penghantaran data keluar dari UPNM (takwim mesyuarat mengikut proses pengumpulan data).

 

  • Membantu mengurus selia dan megkoordinasi kepada aktiviti-aktiviti berkaitan kualiti seperti Program Hari Inovasi, KIK, Hari Anugerah Cemerlang dan seumpamanya.

 

3.   Peranan dan Fungi Seksyen Pengurusan Risiko

 

  • Menyelaras hal ehwal pengurusan risiko bahagian.

 

  • Menyelaras aktiviti Keselamatan & Kesihataan Pekerjaan di bahagian.

 

  • Membantu memantau laman sesawang BJKPD, Autonomi dan ISO supaya sentiasa dikemas kini.

 

  • Memastikan segala aktiviti bahagian dilaporkan dari masa ke semasa dalam e-Berita BJKPD.