- Details
- Bil. Capaian: 63
Itulah suara Pegawai Kadet Qubehran Kumar a/l P. Sivakumar, mahasiswa Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer (Sistem Keselamatan Komputer), UPNM.
Selari dengan aspirasi Rancangan Pendidikan Tinggi Malaysia (RPTM) 2026-2035, pengajaran MPU dalam Bahasa Melayu bukan sekadar soal bahasa, ia tentang membina kefahaman, perpaduan dan identiti bersama sebagai rakyat Malaysia.
Inilah wajah perpaduan yang dibentuk melalui pendidikan.
Inilah Wajah UPNM30.
Lihat Video Disini: KLIK SINI
- Details
- Bil. Capaian: 59
23 JANUARI 2026 | PUTRAJAYA: Prof. Dr. Adam Leong Kok Wey, Pengarah CDISS UPNM dijemput menjadi Moderator dalam PUSPAHANAS Lecture Series bersama wakil NATO, membincangkan peranan NATO dalam landskap keselamatan global hari ini.
Program ini berlangsung sempena lawatan kerja Mrs. Gwendoline Vamos, Ketua Jabatan Indo-Pasifik NATO ke Malaysia, satu pengiktirafan terhadap kepakaran UPNM dalam isu pertahanan dan geopolitik antarabangsa.
Bila wacana keselamatan dunia dibincangkan, suara UPNM turut berada di meja rundingan.
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |

- Details
- Bil. Capaian: 96
22 JANUARI 2026 | UPNM: UPNM menerima lawatan rasmi YBhg. Datuk Ts. Dr. Mohd Nor Azman bin Hassan, Timbalan Ketua Setiausaha, Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT), bagi meninjau pelaksanaan Projek Baharu di bawah Rolling Plan 1, Rancangan Malaysia Ketiga Belas (RMKe-13) Tahun 2026.
Delegasi KPT disambut oleh Naib Canselor UPNM, Lt Jen Datuk Wira Arman Rumaizi bin Hj Ahmad bersama barisan Pengurusan Tertinggi Universiti, mencerminkan komitmen bersama dalam memperkukuh infrastruktur strategik, kapasiti penyelidikan dan ekosistem inovasi pertahanan negara.

![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |

Sepanjang lawatan, delegasi meninjau beberapa kemudahan utama termasuk Makmal Klinikal Bioartificial Organ, Fakulti Perubatan Kesihatan dan Pertahanan, Pusat Pentropikalan serta Perpustakaan Jeneral Tun Ibrahim.
Lawatan ini menandakan kesiapsiagaan UPNM untuk melangkah ke fasa pembangunan seterusnya dalam menyokong agenda pendidikan, penyelidikan dan inovasi pertahanan negara, selari aspirasi UPNM30: Memacu Kesarjanaan, Kepimpinan Masa Hadapan.
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |

- Details
- Bil. Capaian: 121
24 JANUARI 2026 | GERIK: UPNM menganjurkan Program Jom Masuk Uni (Parlimen Gerik) yang berlangsung di Kolej Vokasional Gerik, Perak, sebagai usaha membuka laluan masa depan pendidikan tinggi kepada pelajar dan ibu bapa, khususnya dalam kalangan komuniti luar bandar.
Program ini telah dirasmikan oleh YBhg. Datuk Wira Dr. Asyraf Wajdi Dusuki, Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA) dan turut dihadiri Penolong Naib Canselor Kanan (Pembangunan Strategi) UPNM, Dato’ Dr. Norhasni binti Zainal Abiddin.
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
Penganjuran program ini mencerminkan komitmen UPNM sebagai universiti pertahanan tunggal negara dalam mendukung aspirasi Rancangan Pendidikan Tinggi Malaysia (RPTM) 2026-2035 khususnya agenda memperluas akses pendidikan tinggi, mobiliti sosial dan peluang kepimpinan kepada generasi muda tanpa mengira latar belakang.
Melalui inisiatif turun padang seperti ini, UPNM terus memainkan peranan sebagai pemudah cara antara dasar negara dan harapan rakyat memastikan peluang pendidikan, kerjaya pertahanan dan pembinaan kepimpinan masa hadapan benar-benar sampai ke akar umbi.
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |

- Details
- Bil. Capaian: 102
Pegawai Kadet Abdul Mutholib bin Abdul Rahman (TUDM), pelajar Ijazah Sarjana Muda Sains (Kepujian) Kepolisan, Keselamatan Global dan Perisikan, UPNM bercita-cita menjadi seorang pilot, memilih untuk tidak mensia-siakan peluang pendidikan ini bukan sekadar untuk berjaya, tetapi untuk berkhidmat demi masa depan Malaysia.
Dari RPTM ke UPNM30, kami dibentuk bukan hanya untuk cemerlang, tetapi untuk menyumbang.
Lihat video di sini: TEKAN SINI
More Articles ...
- Bukan sekadar pelan 10 tahun. Ini masa depan pendidikan tinggi Malaysia.
- Empat nama. Satu simbol kepercayaan universiti kepada ilmu.
- Dari RPTM ke DIPN: Di Sinilah Terletaknya Peranan Strategik UPNM.
- UPNM Nyatakan Sokongan Penuh Terhadap Pelaksanaan RPTM 2026-2035, Perkukuh Peranan Pendidikan Tinggi Pertahanan Negara.











































