- Details
- Bil. Capaian: 824
13 September 2023 - "Coffee Talk" bersama Dr Najjah Salwa Bt Abd Rasak, Pn Nurhidayati Bt Mohd Rafy dan Cik Sabihah Bt Abdul Kadir
25 Ogos 2023 - BENGKEL PENULISAN KERTAS USULAN PENYELIDIKAN DAN
PEMBENTUKAN PERMASALAHAN KAJIAN EFEKTIF
16 Ogos 2023 - BENGKEL PENULISAN ARTIKEL ILMIAH BERIMPAK TINGGI
2 & 9 Ogos 2023 - KURSUS PENYELIAAN BERKESAN
26 Julai 2023 - BENGKEL PENULISAN SYSTEMATIC LITERATURE REVIEW
21 Julai 2023 - "Coffee Talk" bersama Pm Dr Norshima Bt Zainal Shah
18 Julai 2023 - BENGKEL SEMAKAN KANDUNGAN KURIKULUM DAN BAHAN PENGAJARAN KURSUS-KURSUS TERAS BAHASA INGGERIS BAGI STAF AKADEMIK UNIT BAHASA INGGERIS - Tujuan: Bengkel ini diadakan bertujuan untuk menyemak dan memastikan kandungan kurikulum dan bahan pengajaran adalah sejajar dengan tahap dan standard CEFR
7 Julai 2023 - BENGKEL PERJAWATAN GURU BAHASA (DG) - Objektif : Membuat penambahbaikan bagi garis panduan kenaikan pangkat, haluan kerjaya serta borang LPPT bagi semua Guru Bahasa.
Seluruh warga Pusat Bahasa mengucapkan sekalung tahniah kepada penerima-penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) dan Anugerah Akademik Cemerlang (AAC) pada Hari Inovasi dan Majlis Anugerah (HIMA) tahun 2023, Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) yang diadakan pada 9 Jun 2023 di Dewan Zulfakar, Bangunan Tuah UPNM. Semoga kejayaaan anda menjadi inspirasi kepada Pusat Bahasa untuk terus cemerlang di masa hadapan
Majlis Penandatanganan Memorandum Persefahaman (Mou) Antara ITBM Dan UPNM
6 Jun 2023
Satu sesi penandatanganan memorandum persefahaman (MoU) antara Institut Terjemahan & Buku Malaysia (ITBM) dengan Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) telah diadakan di ITBM bagi menjalin hubungan kerjasama strategik yang melibatkan usaha dalam membangunkan modal insan melalui program latihan dalam bidang terjemahan, kejurubahasaan dan penerbitan.
Memorandum ini ditandatangani oleh YBhg. Leftenan Jeneral Datuk Hasagaya Bin Abdullah selaku Naib Canselor UPNM dan En. Shakri bin Abdullah selaku Ketua Pegawai Eksekutif ITBM. Majlis ini disaksikan oleh YBhg. Prof. Dato' Ts. Dr. Ahmad Mujahid Bin Ahmad Zaidi, Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) UPNM dan En. Ahmad Shuaimi Bin Yunos, Ketua Jabatan Penerbitan dan Jualan Buku ITBM.
Dengan temerterainya momorandum ini, UPNM dan ITBM dapat merancang dan melaksanakan aktiviti pembangunan modal insan, latihan, khidmat penerbitan serta penghasilan produk yang dapat memberi manfaat kepada kedua-dua pihak.
Semoga jalinan usaha sama yang akan dilaksanakan ini dapat memberi peluang kepada UPNM dan ITBM untuk meneroka bidang baharu yang memberi impak yang besar serta berdaya saing.
26 Mei 2023 "Coffee Talk" bersama Joshua Adam Wentz
08 Mei 2023 Jamuan Raya FPJB - Pusat Bahasa
07 April 2023 "Coffee Talk" bersama Lt Kol Zazali Makding
17 Mac 2023, Bengkel Pemurnian Skrip Drama Pentas
2 Mac 2023, Pra Bengkel Pemurnian Skrip Drama Pentas
20 Januari 2023 -English Language Showcase Poster Competiton - Pertandingan ini telah disertai oleh 39 kumpulan pelajar yang sedang mengambil English for Academic Writing (LLE 3012). Tujuan pertandingan ini diadakan adalah untuk meningkatkan daya saing dan komitmen dikalangan pelajar serta mencungkil bakat inovasi dan kreativiti masing-masing. Pemenang kumpulan tempat pertama akan menerima wang tunai RM200, tempat kedua wang tunai RM150, tempat ketiga wang tunai RM100 serta 10 kumpulan akan menerima saguhati RM50.
06 Januari 2023, Bengkel Pemurnian Resume dan Surat Iringan
untuk pelajar-pelajar tahun tiga Sarjana Muda Sains Sosial (Bahasa dan Komunikasi Silang Budaya).
- Details
- Bil. Capaian: 1039
Selain daripada itu, PB juga menawarkan kursus untuk Pusat Asasi Pertahanan seperti Foundation English dan English for Academic Reading.
Foundation English
This course emphasises on the integration of four language skills, namely listening, speaking, reading and writing. This integration of skills will assist students to meet academic requirements as well as to prepare them for the Malaysian University English Test (MUET). The course requires students to read and listen to various theme-based articles, to extract information and to present views and points, in groups and as an individual.
English for Academic Reading
The course prepares students for the skills needed to perform academic tasks. It is a reading-based course; however other language skills are also integrated. Through various tasks, students will practice skills such as looking for information from various sources (print, the Internet etc.), extracting information from different texts, making appropriate notes of information obtained, expanding notes into coherent extended texts and presenting information as well as giving viewpoints in an oral presentation. The tasks assigned will be in the form of individual and group work projects that can develop students’ skills in time management, project management, teamwork and group interaction.
- Details
- Bil. Capaian: 1213
✨ TERBUKA KEPADA SEMUA ✨
⏰ STROKE AMONG YOUNG PEOPLE ⏰
? Tarikh: 10 Januari 2022 (Isnin)
⏰ Masa: 3pm - 4pm
?️Platform: Google Meet (Klik link di pautan)
https://meet.google.com/ehy-eibd-fwj
AYUH BERSAMA IMARAHKAN KESEDARAN TENTANG STROK DI KALANGAN REMAJA
#SharingIsCaring #WeLoveUPNM #PusatBahasaUPNM #SULAM #LindungDiriLindungSemua #KitaJagaKita
14 Januari 2022 - Pusat Bahasa UPNM telah menganjurkan Bengkel Pemurnian Kertas Usulan Penyelidikan Permohonan Geran 2022 Siri II peringkat FPJB bersama Fasilitator Penilai Dalaman bagi Kluster Sains Sosial.
PELAJAR UPNM MENYANTUNI PESAKIT STROKE DI WAD REHABILITASI NEUROLOGI HOSPITAL REHABILITASI CHERAS (HRC)
15 Januari 2022 - Satu aktiviti yang melibatkan pelajar Projek SULAM (Service Learning Malaysia; University for Society) Pusat Bahasa UPNM di bawah kelolaan PM Dr. Norshima binti Zainal Shah telah dilakukan bersama pesakit stroke di Wad Rehabilitasi Neurologi HRC.
24 Januari 2022 - Prof. Madya Dr. Norshima Binti Zainal Shah, Lt Kol Hilmi Azani Bin Husain, Dr. Erda Wati Bin Bakar dan Dr. Najjah Salwa Binti And Razak telah menghadiri mesyuarat 'MOU' bersama Institut Terjemahan & Buku Malaysia (ITBM) di Wisma ITBM, Wangsa Maju, Kuala Lumpur.
Pusat Bahasa (PB) dan UPNM Holdings telah mengadakan satu mesyuarat untuk mengusahakan satu program mengajar Bahasa Inggeris untuk pelajar-pelajar Cina dari China. Turut hadir dari wakil Pusat Bahasa ialah Pengarah PB Prof Madya Dr Norshima Zainal Shah, Timbalan Pengarah Akademik PB Lt Kol Hilmi Azani Husain, pensyarah PB Cik Wan Anis Ilani Wan Kamaruddin, Puan Masdini Harina Abd Manan dan Puan Norashikin Sahol Hamid. Kerjasama ini juga turut melibatkan usaha sama bersama Institut Pengajian Eksekutif UPNM.
Kempen Derma Darah telah dianjurkan oleh pihak universiti pada 25 hingga 26 Januari 2022 sebagai inisiatif bagi menggalakkan staf dan para pelajar untuk menderma darah dan sekaligus membantu menyelamatkan nyawa. Staf dan pelajar Pusat Bahasa (PB) juga turut menyertai Kempen Derma Darah tersebut.
Tahniah kepada Lt Kol Enock a/l Amalanathan yang baru sahaja tamat pengajian dalam Doktor Falsafah di Pusat Bahasa UPNM. Tahniah juga kepada penyelia utama Lt Kol Surjeet Singh a/l Peara Singh Jeggy. Semoga terus maju dan berjaya. Jumpa di Konvo UPNM 2022.
Lawatan Pusat Bahasa dan Pusat Jaringan Akademik dan Antarabangsa UPNM ke Kedutaan Republik Tajikistan
Assalamualaikum dan selamat sejahtera, YBhg. Prof./Prof. Madya/Dr./Tuan/Puan dijemput menghantar artikel atau makalah akademik untuk penerbitan dalaman Pusat Bahasa. Tarikh akhir penghantaran draf pertama adalah pada 25.03.2022 (Jumaat). Para pensyarah dan guru bahasa juga dialu-alukan untuk menghantar hasil kerja pelajar seliaan PSM yang lengkap dan berkualiti untuk diterbitkan. Emel boleh dirujuk untuk mendapatkan maklumat lanjut berkenaan penerbitan. Segala pertanyaan lanjut boleh dihantar kepada En Mohd Shafiq atau Dr Hasrul. Terima kasih.
Pada 09 Februari 2022, Pusat Bahasa dan Pejabat Timbalan Naib Canselor (Akademik & Perhubungan Antarabangsa) UPNM telah mengadakan Majlis Penyerahan Watikah Pelantikan dan Pelancaran Buku Sasterawan Di Universiti@UPNM. YBhg. Dato’ Dr Hj Anwar Ridhwan telah dilantik sebagai Profesor Adjung di UPNM dan watikah perlantikan beliau telah disampaikan oleh YBhg. Lt Jen Datuk Hasagaya Abdullah. Sebanyak tiga buah buku telah dilancarkan dalam majlis ini iaitu buku yang bertajuk ‘Bicara Buah-Buah Di Butala Emas’, sebuah Antologi Cerpen Karyawan UPNM, ‘Gapura Sukma’, sebuah Antologi Puisi Karyawan UPNM dan sebuah naskhah eksklusif yang dikarang oleh Dato’ Dr Hj Anwar Ridhwan sendiri iaitu ‘Jalan Kenangan Menuju Anugerah Sastera Negara’. Majlis ini turut dimeriahkan lagi dengan kehadiran staf UPNM dari pelbagai jabatan dan fakulti serta mengikut SOP yang telah ditetapkan oleh MKN.
Bengkel Penulisan Skrip Drama Pentas Sasterawan Di Universiti@UPNM
Pusat Bahasa dan Pejabat Timbalan Naib Canselor (Akademik & Perhubungan Antarabangsa) UPNM telah adakan satu bengkel penulisan skrip drama pentas untuk staf UPNM. Bengkel ‘Penulisan Skrip Drama Pentas bersama Sasterawan Negara’ kali ini diadakan untuk mengetengahkan YBhg. Sasterawan Negara Dato’ Dr Mohd. Anuar bin Hj. Ridhwan sebagai penasihat program Sasterawan Di Universiti@UPNM. Bengkel ini bertujuan memberi pendedahan kepada peserta berkenaan asas penghasilan skrip drama pentas berkualiti di mana skrip-skrip yang dihasilkan akan dibukukan. Penceramah jemputan kali ini ialah Puan Roziah Adama dari Akademi Seni Budaya Dan Warisan Kebangsaan (ASWARA).
27.05.2022, "Coffee talk" bersama Profesor Dr Jowati Bt. Juhary
31.05.2022,Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri bersama
Pusat Bahasa, NIEEd, Pusat Islam dan Pusat Kepimpinan dan Pembangunan profesional.
16.06.2022, Majlis serah terima tugas Pengarah Pusat Bahasa
24 Jun 2022, Majlis Anugerah Dekan Pusat Bahasa UPNM
28.07.2022, "Coffee talk" bersama
Pn Afifah Quraishah Bt. Abdul Nasir dan En Muhammad Shafiq B. Azid
29 Julai 2022, Seminar Penghasilan Hak Cipta Dan Cap Dagang Bagi Tujuan Pengkomersialan.
18 Ogos 2022, Pra Bengkel Siri1 Retreat Akademik PB 2022
19.08.2022, "Coffee talk" bersama
Dr. Ahmad Thamrini Fadzlin Bin Syed Mohamed dan Dr. Mariann A/P Mariadass
25 Ogos 2022, Pra Bengkel Siri2 Retreat Akademik PB 2022
29-30 Ogos 2022, Bengkel Semakan Kurikulum ZB03 & Kursus Teras Tawaran Pusat Bahasa
di Pusat Latihan LKIM Bagan Lalang, Selangor.
07.09.2022, Majlis serah terima tugas Staf Pentadbiran Pusat Bahasa
28.09.2022, Majlis Meraikan Staf Cuti Belajar
30.09.2022, "Coffee talk" bersama LT Kol (B) Profesor Madya Dr Surjeet Singh A/L Peara Singh
06.10.2022, Perbincangan Program Sasterawan Negara @ Perpustakaan Jeneral Tun Ibrahim UPNM
07.10.2022, Bengkel Merapatkan Jurang di antara Tentera dan Awam.
28.10.2022, "Coffee talk" bersama
Pn. Surinder Kaur A/P Satwant Singh dan Dr. Fazillah Bt. Sulaiman
10.11.2022, Majlis Suai Kenal Bersama Pensyarah Tamu
11.11.2022, Sambutan Hari Lahir Staf Pusat Bahasa
14-16.11.2022, Program Minggu Silang Budaya Pusat Bahasa
24.11.2022, Sambutan Hari Lahir Pengarah dan Staf Pusat Bahasa
29 Disember 2022, ANUGERAH PENERBITAN DAN ANUGERAH INOVASI DAN PENYELIDIKAN TAHUN 2022.
Kedua-dua anugerah ini diperkenalkan oleh Jawatankuasa Penyelidikan dan Penerbitan buat pertama kali pada tahun 2021 di mana pemenang bagi Anugerah Penerbitan Tahun 2021 adalah Prof. Dr. Jowati Juhary manakala Anugerah Inovasi dan Penyelidikan Tahun 2021 telah dimenangi oleh Dr. Erda Wati Bakar. Penanugerahan ini merupakan salah satu strategi dalam Pelan Tindakan Strategik Penyelidikan Pusat Bahasa 2020-2025 bagi meningkatkan motivasi serta memupuk minat yang berterusan di kalangan tenaga akademik dalam menjalankan penyelidikan dan berkongsi hasil penyelidikan melalui penulisan artikel ilmiah berimpak tinggi. Oleh itu, pada tahun 2022, dengan semangat dan objektif yang sama, Jawatankuasa Penyelidikan dan Penerbitan telah mengumpul kesemua data penyelidikan dan penghasilan artikel penerbitan oleh tenaga akademik Pusat Bahasa dan telah bersetuju untuk memperakui kedua-dua pemenang bagi anugerah berikut:
a. Anugerah Penerbitan Tahun 2022 – Prof Dr. Jowati Juhary
b. Anugerah Inovasi dan Penyelidikan – Dr. Mariann Edwina Maridass.
Tahniah diucapkan kepada kedua-dua pemenang dan semoga kemenangan mereka menjadi pembakar semangat kepada yang lain untuk terus gigih dengan melipat gandakan usaha dan memacu tenaga dalam usaha mencapai kecemerlangan serta membina keupayaan untuk menghasilkan penyelidikan yang bermutu dan berimpak tinggi.
- Details
- Bil. Capaian: 9709
Selamat Datang ... dan Salam Keluarga Malaysia!
Pusat Bahasa (PB) adalah antara pusat akademik termuda di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia. Pada awal penubuhannya, PB dikenali sebagai Pusat Pengajian Umum dan Bahasa (PPUB). Walau bagaimanapun, disebabkan penstrukturan semula, satu jabatan iaitu Jabatan Kenegaraan dan Ketamadunan telah dipindahkan ke satu fakulti yang lain mulai 1 Jun 2012.
PB menyasarkan untuk mempromosi pengetahuan bahasa tanpa sempadan dan kompetensi yang diperlukan oleh bakal pegawai tentera dan pemimpin muda di Malaysia. Kursus-kursus yang ditawarkan oleh PB adalah bertaraf wajib universiti seperti kursus Bahasa Inggeris dan Bahasa Asing (Jepun, Arab, Mandarin, Rusia, Sepanyol, dan Perancis). Pada masa akan datang PB bercadang menawarkan lebih banyak kursus-kursus yang berkaitan seperti pemikiran kritis, kesusasteraan bahasa, falsafah dan sebagainya.
PB mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua ahli jabatan yang telah berpindah ke fakulti baharu. Dengan perpindahan ini, PB kini mempunyai 40 staf akademik dan 7 staf pengurusan serta sokongan. 2022 akan menyaksikan perkembangan yang lebih sihat dalam organisasi PB.
KATA-KATA ALUAN PENGARAH
Bismillahirahmanirahim.
Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera.
Pusat Bahasa (PB) sebagai pusat yang bertanggungjawab dalam ilmu bahasa, budaya dan komunikasi, bercita-cita untuk menjadi pusat kecemerlangan ilmu tanpa sempadan yang menyumbang kepada pencapaian akademik dan pembangunan sahsiah diri para graduan. PB bukan sahaja menawarkan satu program akademik, Ijazah Sarjana Muda Sains Sosial (Bahasa dan Komunikasi Silang Budaya) (ZB03), malahan terus mengorak langkah dengan penawaran program pada peringkat sarjana dan doktor falsafah.
Warga PB berhasrat untuk menghasilkan graduan yang mahir dan berpengetahuan dalam bahasa Inggeris dan bahasa-bahasa utama di dunia. Kami di PB komited dalam penyediaan kemudahan dan perkhidmatan pendidikan bahasa yang terbaik kepada para pelajar. Pada masa yang sama, kami juga sedang menyusun strategi dalam semua kegiatan pengajaran dan pembelajaran bagi terus memaknai dunia pendidikan yang pelbagai dan kompleks. Natijahnya para graduan, sarjana dan pakar dalam pengajian bahasa dan bidang pendidikan akan mempunyai asas yang kukuh selaku penggerak bahasa dan budaya yang berpotensi untuk menghadapi arus cabaran dan tuntutan zaman moden
Kepada pelajar-pelajar UPNM, kursus-kursus yang ditawarkan di PB akan membantu pembinaan sahsiah diri, pemikiran intelektual serta pembangunan modal insan yang kompeten di peringkat global. Sebagai bakal pegawai tentera dan bakal peneraju sektor awam dan swasta, kemahiran dan pengetahuan bahasa yang mantap amat diperlukan dalam mentransformasi bakal graduan sebagai leaders of character di semua peringkat dalam masyarakat. Dengan keupayaan dalam pelbagai cabang ilmu bahasa, kami percaya para pelajar akan terus berusaha gigih untuk mencapai kejayaan yang cemerlang
Kepada pelajar program ijazah PB (ZB03), andalah bakal pemimpin intelektual berkarakter yang kompetitif, yang berupaya mengharungi cabaran merentasi bahasa dan budaya, seterusnya berfungsi sebagai tonggak negara, bangsa dan penyumbang kepada kemajuan tamadun manusia.
Selamat maju jaya.
Sekian.
Wassalam.
Profesor Dr Jowati Bt. Juhary
Pengarah
Pusat Bahasa
Universiti Pertahanan Nasional Malaysia