19 Ogos 2022 | Sesi Perbincangan CEO@Faculty Programme, ARF HDUCIM dan APEL di MINDEF, Kuala Lumpur.

 
Satu sesi perbincangan telah diadakan di pejabat Panglima Angkatan Tentera, MINDEF bersama PKS PAT Kol Azman bin Jantan TUDM. Perbincangan ini melibatkan usahasama UPNM dan ATM di dalam pelaksanaan program CEO@Faculty, ARF HDUCIM, serta APEL. Perbincangan ini melibatkan pertukaran idea, way forward, serta kaedah mengenai pelaksanaan program.
 
YBhg. Jeneral Tan Sri Dato' Sri Haji Affendi bin Buang TUDM (Panglima Angkatan Tentera Malaysia) merupakan CEO yang dipadankan bersama Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) bagi tahun 2022 – 2024.
 

Program CEO@Faculty Programme (CFP) adalah merupakan salah satu inisiatif di bawah Jabatan Pendidikan Tinggi, Kementerian Pengajian Tinggi (KPT). Program ini diwujudkan bagi meningkatkan penyertaan sektor industri dan awam dalam sistem Pendidikan Tinggi Negara melalui perkongsian pengalaman, ilmu pengetahuan dan kepakaran yang boleh dimanfaat secara bersama oleh pihak universiti dan industri.