01/08/2022 - Kunjungan hormat diantara Pengarah Perhubungan Korporat dan Jaringan Industri, Dr.Nur Surayya Mohd Saudi dengan Panglima Pendidikan Dan Latihan TLDM, Bhg. Laksamana Muda Dato' Anuar Mohamed telah diadakan pada 01/08/2022 di pejabat Panglima Pendidikan dan Latihan, TLDM Lumut Perak.

 

 

Melalui perbincangan ini, pihak TLDM telah bersetuju untuk meneruskan kerjasama erat diantara TLDM dan UPNM dalam aktiviti-aktiviti khidmat komuniti yang akan memeriahkan dan memasyurkan inisiatif Universiti for Society U4S dalam memacu kesejahteraan komuniti.

 

Penglibatan industri dalam pembangunan aktiviti khidmat komuniti Universiti adalah diharapkan dapat memberikan impak yang baik kepada pensyarah-pensyarah dan  pelajar-pelajar UPNM khususnya.Selain daripada itu kerjasama strategik UPNM-TLDM dalam khidmat komuniti dapat mencapai hasrat KPT yang memberi saranan agar khidmat komuniti yang dijalankan adalah dalam niche bidang sesebuah Universiti itu. Memandangkan UPNM merupakan sebuah Universiti Pertahanaan yang berlatar belakangkan Pertahanan dan Keselamatan, hubungan strategik di antara TLDM-UPNM adalah selari dengan aspirasi Kementerian pendidikan Tinggi (KPT).

 

Dalam perbincangan ini juga, Panglima Pendidikan dan Latihan ada menekankan bahawa aktiviti khidmat komuniti yang akan dijalankan bersama UPNM kelak adalah dalam bentuk Knowledge Transfer yang akan menekankan bidang Maritim dan Pertahanan.