10 Apr 2023 - Pameran Langkawi International Maritime and Aerospace Tahun 2023 (LIMA 2023) akan berlangsung pada 23 hingga 27 Mei 2023 bertempat di Pulau Langkawi, Kedah. Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) merupakan satu-satunya universiti awam di Malaysia yang akan turut serta di dalam pameran pertahanan dan keselamatan yang berskala besar ini.

Pada pameran nanti, UPNM dan NadiCorp Holdings Sdn Bhd akan menandatangani Memorandum of Understanding (MoU) yang berlandaskan pendidikan dan penyelidikan. Kedua-dua organisasi ini juga merupakan rakan strategik Program Industrial Collaboration Program (ICP/Offset).

 

 

Mej Fizal (Bersara) mewakili NadiCorp Holdings Sdn Bhd telah menyerahkan sekeping cek yang bernilai RM10,000.00 kepada YBhg Dato’ Dr. Junaidah Kamarruddin, Penolong Naib Canselor Jaringan Industri dan Perhubungan Korporat (PNC JIPK) bagi pengurusan UPNM di LIMA ’23.

Sumbangan yang diberikan oleh NadiCorps amat dihargai bagi melicinkan pentadbiran UPNM di LIMA 2023.