12 Mei 2023 (Jumaat) – YBhg Dato’ Dr Junaidah Kamarruddin, Penolong Naib Canselor, Jaringan Industri dan Perhubungan Korporat (PNC JIPK) telah mengadakan Rumah Terbuka sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri 1444H bertempat di Teratak Athika, Presint 14 Putra Jaya.

 

 

Suasana sambutan hari raya amat meriah sekali dengan kehadiran Naib Canselor UPNM, staf JIPK, mantan staf,  rakan-rakan dan jiran-jiran di samping deretan kuih muih dan masakan tradisional yang sedap lagi lazat. Keceriaan bertambah seri dengan alunan gitar akustik yang dimainkan bersama lagu-lagu hari raya.