17 Februari 2022 (Khamis) - Satu sesi Virtual Forum bertajuk  Human Fraternity Document telah diadakan pada 17 Februari 2022 (Khamis), 11 pagi anjuran The Embassy of the United Arab Emirates (UAE).

Pihak Kedutaan UAE telah menjemput Dato’ Dr Junaidah Kamarruddin, Prof. Dato’ Dr Norhasni binti Zainal Abiddin, Prof Madya Ts. Dr Noor Afizah Mohd Razali dan Dr Nur Surayya Mohd Sayuti bagi mewakili UPNM.  Wakil-wakil dari beberapa buah universiti lain juga telah turut hadir.

Pihak UAE telah berkongsi pengalaman negara tersebut dalam aspek toleransi antara kaum, agama dan kesaksamaan gender. Wakil-wakil UPNM telah turut memberi pandangan dan berkongsi pengalaman berkaitan pelaksanaan dasar bagi kesaksamaan gender di Malaysia.  Pihak UAE berharap untuk mengadakan lebih banyak kolaborasi dengan pihak-pihak berkepentingan di Malaysia. Ini untuk menghasilkan dokumen rujukan berkaitan toleransi bagi rujukan, khusus oleh Badan Pemantau seperti Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu.