18 Mei 2022 (Selasa). Satu majlis ringkas meraikan pelantikan YBrs Mej Jen Dr Kwong Fook Wen (Bersara) Pengarah Kanan Pejabat Perkhidmatan, Jaringan Industri dan Perhubungan Korporat (PNC PJIPK) telah disempurnakan oleh YBhg Dato’ Dr Junaidah binti Kamaruddin, Penolong Naib Canselor PJIPK.

Mej Jen Dr Kwong yang secara rasminya melapor pada 17 Mei 2022 mempunyai Doctor of Philosophy (Defence Technology) dari Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), Master of Art (Defence Studies) dari Universiti Kebangsaan Malaysia dan Master in Management dari Phillipine Christian University, Manila. 

Beliau juga merupakan Naib Presiden Malaysian Armed Forces Doctoral Association, Associate Member of the Malaysian Institute of Management dan Ahli Malaysian Operation Research Society. Selain daripada itu Mej Jen Dr Kwong turut memberi syarahan kepada para penuntut di Maktab Pertahanan Angkatan Tentera (MPAT), Maktab Turus Angkatan Tentera (MTAT), Institut Pegawai Kanan Tentera Darat (INSPEKA), Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM). Mej Jen Dr Kwong juga telah banyak membentangkan kertas kerja di beberapa conference dalam dan luar negara. Beliau juga aktif dalam penyelidikan dan penerbitan.

Pejabat PJIPK mengalu-alukan dan mengucapkan selamat datang kepada Mej Jen Dr Kwong sebagai Pengarah Kanan yang baharu. Semoga dengan pengetahuan dan pengalaman beliau yang luas akan memberi impak besar dalam memperkasakan PJIPK.