Pada 8 Nov 2022 dan bertempat di Bilik Mesyuarat HEPA, Pejabat Penolong Naib Canselor, Jaringan Industri dan Perhubungan Korporat (PNC JIPK) dengan kerjasama Pejabat Jaringan Akademik dan Antarabangsa (PJAA) telah mengadakan mesyuarat bersama pihak HuiHuang International bagi membincangkan pengambilan pelajar-pelajar antarabangsa ke Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM).

 

 

Mesyuarat telah dipengerusikan oleh YBhg Dato’ Mohamad Akhtar Ahmad Zainudin, Pengarah PJAA manakala pihak HuiHuang International diketuai oleh Pn Jennifer Low, Pengarah Eksekutif. Beberapa aspek berkaitan pengurusan dan tatacara pengambilan pelajar antarabangsa ke UPNM telah dibincangkan secara tuntas, teliti dan berfokus agar kedua-dua belah pihak mendapat manfaat bersama.

Turut hadir adalah YBhg Dato’ Dr. Junaidah Kamarruddin, PNC JIPK, YBhg Mej Jen Dato’ Dr. Kwong Fook Wen (B), Pengarah Kanan Pej PNC JIPK, Prof. Dr. Aidy Ali, Dekan Pusat Pengajian Siswazah, pegawai-pegawai Pej PNC JIPK dan pegawai-pegawai HuiHuang International.