Pada 4 Okt 2022 (Selasa), UPNM telah melaksanakan kunjungan hormat kepada Puan Sazuan Nazleen Mohd Azam, Pengarah Kolej Komuniti Ampang. Perbincangan dua hala itu, telah mencapai kata sepakat untuk kedua belah pihak untuk mengadakan kerjasama strategik dalam menjalankan program khidmat komuniti.

 

 

Pengarah Kolej Komuniti memaklumkan niche Kolej Komuniti yang menjurus kepada Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional atau Technical and Vocational Education and Training (TVET) mampu membantu dan memberi nilai tambah kepada pelajar-pelajar, staf dan masyarakat. Selain itu perbincangan juga menjurus kepada kerjasama geran UNiTY yang ditawarkan oleh KPT bagi pelaksanaan program-program komuniti berbentuk pendidikan, perkongsian ilmu (knowledge sharing) dan lain-lain keperluan.

Kemahiran  TVET merupakan salah satu dasar di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia yang diperkenalkan bagi memenuhi permintaan industri dan menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi, selaras dengan globalisasi, ekonomi berasaskan pengetahuan, kemajuan teknologi dan mobiliti tenaga kerja global.